My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 104

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 104

s 104 Application for insurance licence to carry on Labuan insurance- related activities

(1) Every applicant for an insurance licence to carry on business as a Labuan insurance manager, Labuan underwriting manager or Labuan insurance broker shall satisfy the Authority that— (a) the person in control, director and principal officer of the applicant are fit and proper persons; (b) the applicant is able to maintain sufficient funds in its business to cover its expenses of operations and management in Labuan for at least six months; (c) in respect of an applicant for an insurance licence to carry on the business of a Labuan insurance manager or Labuan underwriting manager— (i) the applicant has established, or undertakes to establish, its management in Labuan with adequate knowledge and expertise of the Labuan insurance business to be carried on; or (ii) the applicant has appointed, or undertakes to appoint, a licensed Labuan insurance manager or Labuan underwriting manager in Labuan with adequate knowledge and experience of the Labuan insurance business to be carried on; (d) in respect of an applicant for an insurance licence to carry on business as a Labuan insurance broker— (i) the applicant has established, or undertakes to establish, its management in Labuan with adequate knowledge and expertise of the Labuan insurance business to be carried on; or (ii) the applicant has appointed, or undertakes to appoint, a licensed Labuan insurance manager in Labuan with adequate knowledge and experience of the Labuan insurance business to be carried on; (e) the applicant either has obtained or undertakes to obtain any professional indemnity insurance policy of not less than two million and five hundred thousand ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount or denomination as may be specified by the Authority, and remain indemnified under such policy throughout its operation in Labuan; (f) the applicant holds such qualification as may be specified by the Authority; and (g) the applicant undertakes to become a member of an association of Labuan insurers. (2) Every application for a licence to carry on business as a Labuan insurance manager, Labuan underwriting manager or Labuan insurance broker shall— (a) be made in writing and be submitted to the Authority; (b) state the nature of the business to be carried on under the insurance licence; and (c) be accompanied by— (i) a copy of— (aa) the applicant’s constituent documents, duly authenticated by a director or officer of the applicant; (bb) the resolutions of the board and the general meeting, if any, of the applicant, duly authenticated by a director or officer of the applicant, authorising the applicant to apply for an insurance licence; (cc) the applicant’s certificate of incorporation or registration, as the case may be, certified by the relevant registering authority in the place of establishment or origin of the applicant; and (dd) a letter of awareness from the applicant’s home supervisory authority or such authority as may be specified by the Authority; (ii) a copy of the applicant’s audited annual accounts for the three consecutive years immediately preceding the application, where applicable; (iii) a statement on— (aa) the name, place and date of establishment of the applicant; (bb) the names, addresses, qualifications and experience of the directors and officers responsible for the overall management of the affairs of the applicant; and (cc) the name and address of each member who holds fifteen per centum or more of the voting shares of the applicant; (iv) a declaration by the applicant on the probity of the applicant’s directors and officers who would be concerned in the management of the proposed Labuan insurance manager, the proposed Labuan underwriting manager or the proposed Labuan insurance broker, as the case may be; (v) in the case of an application by a Labuan company, a guarantee secured and an undertaking given, and, in the case of an application by a foreign Labuan company or a branch of a Malaysian insurer, an undertaking given, by the applicant in respect of the business of a Labuan insurance manager, Labuan underwriting manager or Labuan insurance broker, as the case may be, in such manner and such form as may be acceptable to the Authority, and such guarantee and undertaking shall provide, inter alia, that– (aa) the applicant shall comply with the financial obligations and requirements imposed under this Act and shall meet the applicant’s liabilities in respect of the business of a Labuan insurance manager, Labuan underwriting manager or Labuan insurance broker, as the case may be; (bb) where the applicant is a Labuan company, no participant of the applicant who holds ten per centum or more of the paid-up capital of the applicant shall be changed without the prior written approval of the Authority and, where the applicant is a foreign Labuan company, that it shall promptly notify the Authority of any change in its participants who hold ten per centum or more of its paid-up capital; and (cc) every director or the principal officer of the applicant responsible for the management of the business of a Labuan insurance manager, Labuan underwriting manager or Labuan insurance broker, as the case may be, shall be a fit and proper person and the appointment of such director or principal officer shall only be made after consultation with the Authority. (3) The Authority may require from the applicant such other information or documents as may be specified by the Authority for the purpose of determining the application. (4) The matters specified under subsection (3) may differ as between applicants, or different classes, categories or descriptions of applicants as may be determined by the Authority.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi lesen insurans untuk menjalankan aktiviti berkaitan insurans Labuan

(1) Tiap-tiap pemohon bagi lesen insurans untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa— (a) orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai; (b) pemohon berupaya mengekalkan wang yang cukup dalam perniagaannya untuk menampung perbelanjaan operasi dan pengurusannya di Labuan selama sekurang-kurangnya enam bulan; (c) berkenaan dengan pemohon bagi lesen insurans untuk menjalankan perniagaan pengurus insurans Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan— (i) pemohon itu telah mewujudkan, atau mengaku janji akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; atau (ii) pemohon telah melantik, atau mengaku janji akan melantik, seorang pengurus insurans Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; (d) berkenaan dengan pemohon bagi lesen insurans untuk menjalankan perniagaan broker insurans Labuan— (i) pemohon telah mewujudkan, atau mengaku janji akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; atau (ii) pemohon telah melantik, atau mengaku janji akan melantik, seorang pengurus insurans Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; (e) pemohon sama ada telah mendapatkan atau mengaku janji akan mendapatkan apa-apa polisi insurans tanggung rugi profesional yang tidak kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh Lembaga, dan terus ditanggung rugi di bawah polisi itu sepanjang operasinya di Labuan; (f) pemohon memegang apa-apa kelayakan yang ditentukan oleh Lembaga; dan (g) pemohon mengaku janji akan menjadi anggota persatuan penanggung insurans Labuan. (2) Tiap-tiap permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan hendaklah— (a) dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Lembaga; (b) menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di bawah lesen insurans itu; dan (c) disertai dengan— (i) suatu salinan— (aa) dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon; (bb) ketetapan lembaga dan mesyuarat agung pemohon, jika ada, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon, yang memberi kuasa pemohon untuk memohon suatu lesen insurans; (cc) perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperakui oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan di tempat penubuhan atau asal pemohon; dan (dd) suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan negara asal pemohon atau apaapa pihak berkuasa yang ditentukan oleh Lembaga; (ii) suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan; (iii) suatu pernyataan mengenai— (aa) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon; (bb) nama, alamat, kelayakan dan pengalaman pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon; dan (cc) nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih; (iv) suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dalam pengurusan pengurus insurans Labuan yang dicadangkan, pengurus pengunderaitan Labuan yang dicadangkan atau broker insurans Labuan yang dicadangkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (v) dalam hal sesuatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan, dalam hal permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau cawangan suatu penanggung insurans Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah membuat peruntukan, antara lain, bahawa— (aa) pemohon akan mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan akan menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (bb) jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia akan dengan segera memberitahu Lembaga tentang apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan (cc) tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu akan hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga. (3) Lembaga boleh menghendaki daripada pemohon apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu. (4) Perkara-perkara yang ditentukan di bawah subseksyen (3) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next