My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 107

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 107

s 107 Continuing licensing requirements

(1) Every Labuan insurer which is a Labuan company shall, prior to the making of any amendment or alteration to any of its constituent documents, or prior to any change of its person in control, director or principal officer, furnish to the Authority particulars in writing of any such proposed amendment, alteration or change, for the approval of the Authority. (2) Every Labuan insurer which is a foreign Labuan company shall, prior to the making of any change of its principal officer, furnish to the Authority the particulars in writing of any proposed change for the approval of the Authority. (3) Every Labuan insurer which is a foreign Labuan company or a branch of a Malaysian insurer shall notify in writing within three months after the making of any amendment or alteration to any of its constituent documents, or any change of its person in control or director and furnish to the Authority particulars in writing of such amendment, alteration or change duly authenticated in a manner acceptable to the Authority by a director of the Labuan insurer. (4) Every insurance licensee shall immediately notify the Authority of any amendment or alteration to any information which had been furnished to the Authority in connection with the application for the insurance licence. (5) No Labuan insurer shall make any amendment or alteration to its constituent documents which are contrary to any written law. (6) Where the Labuan insurer is a Labuan company, no participant of the Labuan insurer who holds fifteen per centum or more of the paid-up capital of the applicant shall be changed without the prior written approval of the Authority and, where the Labuan insurer is a foreign Labuan company, it shall promptly notify the Authority of any change in its participants who hold fifteen per centum or more of its paid-up capital.

Malay text (authoritative)

Penerusan kehendak pelesenan

(1) Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan hendaklah sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran orang yang mengawal, pengarah atau pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran yang dicadangkan itu, untuk kelulusan Lembaga. (2) Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebelum membuat apaapa pertukaran pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga. (3) Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan penanggung insurans Malaysia hendaklah memberitahu secara bertulis dalam tempoh tiga bulan selepas membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau apa-apa pertukaran orang yang mengawal atau pengarahnya dan memberikan butirbutir bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran itu yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah penanggung insurans Labuan itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga. (4) Tiap-tiap pemegang lesen insurans hendaklah dengan sertamerta memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat yang telah diberikan kepada Lembaga berkaitan dengan permohonan bagi lesen insurans itu. (5) Tiada penanggung insurans Labuan boleh membuat apaapa pindaan atau perubahan kepada dokumen konstituennya yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis. (6) Jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat Labuan, tiada peserta penanggung insurans Labuan itu yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat Labuan asing, penanggung insurans itu hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih. PENGGAL 3 KEHENDAK KEWANGAN DAN KEWAJIPAN DAN SEKATAN TERHADAP PEMEGANG LESEN INSURANS

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 2 β†’

Find Act 704 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next