My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 11

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 11

s 11 Registration of prospectus

(1) Subject to subsection (2), a person shall not issue, offer for subscription or purchase, make an invitation to subscribe for or purchase, securities in or from within Labuan unless a prospectus in relation to such offer or invitation has been registered with the Authority. (2) The requirement under subsection (1) shall not apply if the offer or invitation is made pursuant to or in connection with an offer or invitation excluded under subsection 8(5). (3) T h e A u t h o r i t y s h a l l n o t r e g i s t e r a c o p y o f a n y prospectus— (a) if it contains any statement or matter which is in its opinion misleading in the form and context in which it is included; and (b) unless— (i) a copy signed by every director and by every person who is named therein as a proposed director of the corporation or operator in the case of a public fund applying for registration under section 31 or by their agents authorised in writing is lodged with the Authority on or before the date of its issue; (ii) the prospectus appears to comply with the requirements of this Act and the regulations or the Authority is satisfied that any departure from the requirements of this Act or the regulations by such prospectus is justified and is unlikely to mislead a person investing on the faith of its content; and (iii) there is also lodged with the Authority— (aa) in the case of a prospectus relating to a public fund— (i) a certificate from an expert certifying that it complies with the requirements of Part III; and (ii) where all or any part of the prospectus is not in the national language or English language, a translation into the national language or English language of the prospectus or that part of the prospectus, verified in a manner satisfactory to the Authority; (bb) in the case of any other prospectus, a copy, verified as specified, of any consent required by section 13 to the issue of the prospectus and any material contract referred to in the prospectus or, in the case of such a contract not reduced into writing, a memorandum giving full particulars thereof, verified as specified. (4) If a prospectus is issued without a copy thereof having been so registered, the corporation and every person who is knowingly a party to the issue of the prospectus commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (5) In relation to a prospectus relating to a public fund, such prospectus shall, in addition— (a) provide full, true and plain disclosure of all facts and circumstances that would facilitate a reasonable assessment by a prospective investor in determining whether to purchase or subscribe to shares of a public fund; (b) contain a statement summarising the rights of investors under section 36; and (c) where the public fund has completed a financial year in operation, be accompanied by or contain reference to the availability of the financial statements of the financial year of the public fund immediately preceding the date of such offer and the auditor’s report thereon. (6) Where— (a) any change occurs which materially affects any of the matters required to be disclosed under subsection (5); or (b) there has been a material change affecting the matters disclosed in the prospectus, then the fund manager of the public fund or the promoter, as the case may be, shall within thirty days of such occurrence incorporate such change to the prospectus relating to such public fund or offer pursuant to subsection 8(1) and provide a copy thereof to each of its investors and the Authority.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran prospektus

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang tidak boleh menerbitkan, menawarkan untuk dipohon beli atau dibeli, membuat pelawaan untuk dipohon beli atau dibeli, sekuriti dalam atau dari dalam Labuan melainkan jika suatu prospektus berhubung dengan tawaran atau pelawaan itu telah didaftarkan dengan Lembaga. (2) Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai jika tawaran atau pelawaan itu dibuat menurut atau berkaitan dengan sesuatu tawaran atau pelawaan yang dikecualikan di bawah subseksyen 8(5). (3) Lembaga tidak boleh mendaftarkan salinan mana-mana prospektus— (a) jika prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan atau perkara yang pada pendapatnya adalah mengelirukan dari segi bentuk dan konteks pernyataan itu dimasukkan; dan (b) melainkan jika— (i) suatu salinan yang ditandatangani oleh tiaptiap pengarah dan oleh tiap-tiap orang yang namanya terdapat dalamnya sebagai pengarah yang dicadangkan bagi perbadanan itu atau pengendali dalam hal dana awam yang memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 31 atau oleh ejen mereka yang diberi kuasa secara bertulis diserahkan kepada Lembaga pada atau sebelum tarikh pengeluarannya; (ii) prospektus itu ternyata mematuhi kehendak Akta ini dan peraturan-peraturan atau Lembaga berpuas hati bahawa apa-apa penyimpangan daripada kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan oleh prospektus itu adalah wajar dan tidak berkemungkinan untuk mengelirukan seseorang yang melabur berdasarkan kepercayaan pada kandungan prospektus itu; dan (iii) telah juga diserahkan kepada Lembaga— (aa) dalam hal suatu prospektus yang berhubungan dengan dana awam— (i) suatu perakuan daripada seorang pakar yang memperakukan bahawa prospektus itu mematuhi kehendak Bahagian III; dan (ii) jika semua atau mana-mana bahagian prospektus itu tidak dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan prospektus itu atau sebahagian prospektus itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara yang memuaskan hati Lembaga; (bb) dalam hal mana-mana prospektus lain, suatu salinan, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan, apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 13 bagi pengeluaran prospektus dan apa-apa kontrak material yang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal apa-apa kontrak sedemikian yang tidak dalam bentuk bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir lengkap mengenainya, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan. (4) Jika suatu prospektus dikeluarkan tanpa suatu salinannya didaftarkan sedemikian, perbadanan dan tiap-tiap orang yang dengan disedarinya menjadi suatu pihak dalam pengeluaran prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (5) Berhubung dengan suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu dana awam, prospektus itu hendaklah, sebagai tambahan— (a) memberikan pendedahan lengkap, benar dan jelas mengenai semua fakta dan hal keadaan yang boleh memudahkan seseorang bakal pelabur membuat suatu penilaian munasabah dalam menentukan sama ada untuk membeli atau memohon beli syer sesuatu dana awam; (b) mengandungi suatu pernyataan ringkasan mengenai hak pelabur di bawah seksyen 36; dan (c) jika dana awam itu telah beroperasi selama satu tahun kewangan yang lengkap, disertai dengan atau mengandungi rujukan mengenai tersedianya penyata kewangan bagi tahun kewangan dana awam itu yang sebaik sebelum tarikh tawaran itu dan laporan juruaudit mengenainya. (6) Jika— (a) apa-apa perubahan berlaku yang menjejaskan secara material mana-mana perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah subseksyen (5); atau (b) telah berlaku perubahan material yang menjejaskan perkara yang dizahirkan dalam prospektus, maka pengurus dana bagi dana awam itu atau penaja, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari dari berlakunya perubahan itu memasukkan perubahan itu dalam prospektus yang berhubungan dengan dana awam itu atau tawaran menurut subseksyen 8(1) dan memberikan suatu salinannya kepada setiap pelaburnya dan kepada Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next