My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 118

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 118

s 118 Power to make nomination

(1) A policy owner who has attained the age of eighteen years may nominate a natural person to receive policy monies payable upon his death under the policy by notifying the Labuan insurer in writing of the name, date of birth, identity card number or birth certificate number and address of the nominee at the time the policy is issued. (2) Where a nomination is made after the policy is issued, the policy owner shall submit the policy together with the particulars of the nominee referred to in subsection (1) for the Labuan insurer’s endorsement of the nomination on the policy. (3) A nomination made under subsection (1) shall be witnessed by a person of sound mind who has attained the age of eighteen years and who is not a nominee named under that subsection. (4) The Labuan insurer— (a) shall prominently display in the nomination form a notice that the policy owner has to assign the policy benefits to his nominee if his intention is for his nominee, other than his spouse, child or parent, to receive the policy benefits beneficially and not as an executor; (b) shall record the nomination and the particulars of the nominee in its register of policies; and (c) shall register in its register of policies the nomination made under subsection (1) and such nomination shall take effect from the date the nomination is registered. (5) A failure to comply with subsection (4) shall affect the validity of the nomination unless otherwise proven that the necessary notification of the nomination was made by the policy owner and given to the Labuan insurer for endorsement on the policy. (6) A nomination made under subsection (1) may be in favour of one person or several persons and where there is more than one person nominated, the policy owner may direct that specified shares be paid to the persons nominated and in the absence of direction by the policy owner, the Labuan insurer shall pay such persons in equal shares.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat penamaan

(1) Seseorang pemunya polisi yang telah mencapai umur lapan belas tahun boleh menamakan seorang yang benar untuk menerima wang polisi yang kena dibayar apabila dia mati di bawah polisi itu dengan memberitahu penanggung insurans Labuan itu secara bertulis mengenai nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor perakuan kelahiran dan alamat penama pada masa polisi itu dikeluarkan. (2) Jika suatu penamaan dibuat selepas polisi itu dikeluarkan, pemunya polisi hendaklah mengemukakan polisi itu berserta dengan butir-butir mengenai penama yang disebut dalam subseksyen (1) bagi pengendorsan penanggung insurans Labuan itu mengenai penamaan atas polisi itu. (3) Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disaksikan oleh seseorang yang sempurna akal yang telah mencapai umur lapan belas tahun dan bukan seorang penama yang dinamakan di bawah subseksyen itu. (4) Penanggung insurans Labuan— (a) hendaklah memaparkan dengan jelas dalam borang penamaan suatu notis bahawa pemunya polisi hendaklah menyerahkan faedah polisi itu kepada penamanya jika niatnya ialah supaya penamanya, selain suami atau isterinya, anaknya atau ibu atau bapanya, menerima faedah polisi itu secara benefisial dan tidak sebagai wasi; (b) hendaklah merekodkan penamaan itu dan butir-butir penama dalam daftar polisinya; dan (c) hendaklah mendaftarkan dalam daftar polisinya penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan penamaan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh penamaan itu didaftarkan. (5) Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (4) akan menjejaskan kesahan penamaan itu melainkan jika dibuktikan selainnya bahawa pemberitahuan yang perlu mengenai penamaan itu telah dibuat oleh pemunya polisi dan diberikan kepada penanggung insurans Labuan untuk pengendorsan pada polisi itu. (6) Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dibuat bagi faedah seseorang atau beberapa orang dan jika orang yang dinamakan itu lebih daripada seorang, pemunya polisi boleh mengarahkan supaya bahagian yang ditentukan dibayar kepada orang yang dinamakan dan dalam ketiadaan arahan daripada pemunya polisi, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar bahagian yang sama banyak kepada orang itu.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next