My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 12

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 12

s 12 Document containing offer of securities to be made via Labuan trust company or bank licensee and to be deemed prospectus

(1) Where a corporation allots or issues or agrees to allot or issue to a person any securities under subsection 8(1), and where such an offer is not excluded under subsection 8(5), the offer or invitation of securities shall be made through its agent which shall be a Labuan trust company or a bank licensee. (2) Any document by which the offer under subsection 8(1) is made shall for all purposes be deemed to be a prospectus issued by the corporation, and all written laws and rules of law as to the contents of prospectuses and as to liability in respect of advertisements and statements and non-disclosures in prospectuses, or otherwise relating to prospectuses, shall apply and have effect accordingly as if the securities had been offered under subsection 8(1) and as if persons accepting the offer in respect of any securities were subscribers therefor but without prejudice to the liability, if any, of the persons by whom the offer is made in respect of statements or non-disclosures in the document or otherwise. (3) For the purposes of this Act, it shall, unless the contrary is proved, be evidence that an allotment of, or an agreement to allot, securities was made by a corporation with a view to the securities being offered under subsection 8(1) if it is shown— (a) that an offer of securities under subsection 8(1) was made within six months after the allotment or agreement to allot; or (b) that at the date when the offer of the securities under subsection 8(1) was made, the whole consideration to be received by the corporation in respect of such securities had not been so received. (4) The requirements of this Part as to prospectuses shall have effect as though the persons making an offer to which this section relates were persons named in a prospectus as directors of a corporation. (5) In addition to complying with the other requirements of this Part, the document making the offer shall state— (a) the net amount of the consideration received or to be received by the corporation making the offer in respect of the securities to which the offer relates; and (b) the place and time at which the contract under which the securities have been or are to be allotted may be inspected. (6) Where an offer to which this section relates is made by a corporation, it shall be sufficient if the document referred to in subsection (1) is signed on behalf of the corporation by two directors of the corporation and any such director may authorise his agent in writing to sign on his behalf.

Malay text (authoritative)

Dokumen yang mengandungi tawaran sekuriti hendaklah dibuat melalui syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank dan hendaklah disifatkan sebagai prospektus

(1) Jika sesuatu perbadanan mengumpukkan atau menerbitkan atau bersetuju untuk mengumpukkan atau menerbitkan apaapa sekuriti kepada seseorang di bawah subseksyen 8(1), dan jika tawaran sedemikian tidak dikecualikan di bawah subseksyen 8(5), tawaran atau pelawaan sekuriti itu hendaklah dibuat melalui ejennya yang hendaklah syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank. (2) Apa-apa dokumen yang melaluinya tawaran di bawah subseksyen 8(1) dibuat hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh perbadanan itu, dan semua undang-undang bertulis dan rukun undang-undang tentang kandungan prospektus dan tentang liabiliti berkenaan dengan iklan dan pernyataan dan ketidakdedahan dalam prospektus, atau selainnya yang berhubungan dengan prospektus, hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah sekuriti itu telah ditawarkan di bawah subseksyen 8(1) dan seolah-olah orang yang menerima tawaran itu berkenaan dengan apa-apa sekuriti itu ialah pemohon beli baginya tetapi tanpa menjejaskan liabiliti, jika ada, orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan pernyataan atau ketidakdedahan dalam dokumen itu atau selainnya. (3) Bagi maksud Akta ini, melainkan jika sebaliknya dibuktikan, hendaklah menjadi keterangan bahawa suatu pengumpukan, atau suatu perjanjian untuk mengumpukkan, sekuriti telah dibuat oleh suatu perbadanan dengan tujuan untuk menawarkan sekuriti itu di bawah subseksyen 8(1) jika ditunjukkan— (a) bahawa suatu tawaran sekuriti di bawah subseksyen 8(1) telah dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjian untuk mengumpukkan itu; atau (b) bahawa pada tarikh tawaran sekuriti di bawah subseksyen 8(1) dibuat, keseluruhan balasan yang hendaklah diterima oleh perbadanan itu berkenaan dengan sekuriti itu telah tidak diterima sedemikian. (4) Kehendak Bahagian ini tentang prospektus hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah orang yang membuat tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini ialah orang yang dinamakan dalam sesuatu prospektus sebagai pengarah sesuatu perbadanan. (5) Sebagai tambahan kepada pematuhan kehendak lain dalam Bahagian ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklah menyatakan— (a) amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterima oleh perbadanan yang membuat tawaran berkenaan dengan sekuriti yang dimaksudkan oleh tawaran itu; dan (b) tempat dan masa bagi kontrak yang di bawahnya sekuriti itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa. (6) Jika suatu tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini dibuat oleh perbadanan, adalah mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) itu ditandatangani bagi pihak perbadanan itu oleh dua orang pengarah perbadanan itu dan mana-mana pengarah sedemikian boleh memberi kuasa ejennya secara bertulis untuk menandatangan bagi pihaknya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next