My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 124

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 124

s 124 Payment of policy monies where there is no nomination

(1) Where a policy owner of a policy dies without having made a nomination, subject to section 123, the Labuan insurer shall pay the policy monies of the deceased policy owner to the applicant who produces the Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order. (2) Subject to subsection (1), the Labuan insurer may pay to the policy owner’s spouse, child or parent in that order of priority and where there is more than one spouse, child or parent, in equal shares to each person of that class and where there is no spouse, child or parent andβ€” (a) where the policy monies do not exceed one hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currency or such greater amount or denomination as may be specified, the Labuan insurer may pay all that policy monies without requiring the Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Orderβ€” (i) to a person who satisfies the Labuan insurer to be entitled and likely to be given the Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order; or (ii) to a person who satisfies the Labuan insurer to be beneficially entitled to the estate of the deceased policy owner; or (b) where the policy monies are more than one hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currency, or such greater amount or denomination may be specified, the Labuan insurer may pay to the person referred to in subparagraph (a)(i) or (ii) the amount referred to in that paragraph and subject to subsection (6), pay to that person the balance of the policy monies upon production of the Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order. (3) In this section, a reference to policy monies is a reference to the aggregate amount of policy monies in respect of all policies of the policy owner with that Labuan insurer where there is no nomination. (4) The Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order granted or having effect as if granted, in respect of the personal estate comprising the policy monies, by a court in Malaysia or a competent authority outside Malaysia, or its certified copy shall be sufficient proof to the Labuan insurer to pay the policy monies to the person to whom the grant was made. (5) The Labuan insurer may accept the Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order or any other document having the same effect, granted by a court in Malaysia or a competent authority outside Malaysia, as sufficient proof to pay the policy monies of the deceased policy owner to the person to whom the grant was made, provided that such Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order or other document having the same effect has been duly registered with the court in Malaysia and sealed in accordance with the Probate and Administration Act 1959 [Act 97]. (6) Where, upon the expiry of twelve months after a payment under paragraph (2)(b) has been made by a Labuan insurer, a balance of the policy monies still remains payable and no claim has been made by a person who holds a Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order, the Labuan insurer shall pay the balance of the policy monies to the person who received the initial payment of the policy monies. (7) Policy monies paid under this section shall be deemed to have been duly paid and the Labuan insurer shall be discharged from liability in respect of the policy monies so paid notwithstanding the absence or invalidity of, or any defect in, the Grant of Probate or Letters of Administration or Distribution Order or any other document having the same effect. (8) A person to whom a payment may be made under this section shall give a receipt which shall be deemed to be a valid receipt.

Malay text (authoritative)

Pembayaran wang polisi jika tidak ada penamaan

(1) Jika pemunya polisi sesuatu polisi mati tanpa membuat sesuatu penamaan, tertakluk kepada seksyen 123, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu kepada pemohon yang mengemukakan Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), penanggung insurans Labuan boleh membayar kepada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa pemunya polisi mengikut susunan keutamaan itu dan jika terdapat lebih daripada seorang isteri, anak atau ibu atau bapa, dalam bahagian yang sama kepada setiap orang dalam kelas itu dan jika tiada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa danβ€” (a) jika wang polisi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, penanggung insurans Labuan boleh membayar semua wang polisi itu tanpa menghendaki Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagianβ€” (i) kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan sebagai berhak dan berkemungkinan akan diberi Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian; atau (ii) kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan sebagai berhak secara benefisial kepada harta pusaka pemunya polisi yang telah mati itu; atau (b) jika wang polisi itu adalah lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing, atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, penanggung insurans Labuan boleh membayar kepada orang yang disebut dalam subperenggan (a)(i) atau (ii) amaun yang disebut dalam perenggan itu dan tertakluk kepada subseksyen (6), membayar kepada orang itu baki wang polisi itu apabila Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian dikemukakan. (3) Dalam seksyen ini, sebutan mengenai wang polisi ialah sebutan mengenai amaun agregat wang polisi berkenaan dengan semua polisi pemunya polisi dengan penanggung insurans Labuan itu jika tidak ada penamaan. (4) Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian yang diberikan atau yang mempunyai kuat kuasa seolah-olah telah diberikan, berkenaan dengan harta pusaka diri yang meliputi wang polisi itu, oleh mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar Malaysia, atau salinan terperakunya hendaklah menjadi bukti yang mencukupi kepada penanggung insurans Labuan itu untuk membayar wang polisi itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu dibuat. (5) Penanggung insurans Labuan boleh menerima Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama, yang diberikan oleh suatu mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar Malaysia, sebagai bukti yang mencukupi untuk membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu telah dibuat, dengan syarat bahawa Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di mahkamah di Malaysia dan dimeteraikan mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]. (6) Jika, setelah tamat tempoh dua belas bulan selepas pembayaran di bawah perenggan (2)(b) dibuat oleh seseorang penanggung insurans Labuan, baki wang polisi itu masih kena dibayar dan tiada tuntutan telah dibuat oleh seseorang yang memegang Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar baki wang polisi itu kepada orang yang menerima pembayaran mula-mula wang polisi itu. (7) Wang polisi yang dibayar di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibayar sewajarnya dan penanggung insurans Labuan hendaklah dilepaskan daripada liabiliti berkenaan dengan wang polisi yang telah dibayar sedemikian walaupun tidak ada atau terdapat ketidaksahan, atau apa-apa kecacatan dalam, Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama. (8) Seseorang yang kepadanya suatu pembayaran boleh dibuat di bawah seksyen ini hendaklah memberikan suatu resit yang hendaklah disifatkan sebagai resit yang sah.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 4 β†’

Find Act 704 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next