My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 128

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 128

s 128 Winding-up of Labuan insurer

(1) The Authority shall be a party to any petition for the winding-up of any Labuan insurer. (2) The Authority may present a petition for the winding-up of a Labuan insurer or its Labuan insurance business on the grounds of its inability to meet any liabilities or when it suspends payment to its creditors. (3) For the purposes of subsections (1) and (2), the court shall have regard to the interests of the policy owners, other customers and creditors of the Labuan insurer. (4) In any winding-up of a Labuan insurer, or when a Labuan insurer becomes insolvent, there shall be paid from the assets in the insurance fund or other funds of the Labuan insurer in priority to all other unsecured debts— (a) firstly, the costs and expenses of the winding-up, including the costs of the liquidator or the receiver; (b) secondly, all wages or salary, whether or not earned wholly or in part by way of commission, including any amount payable by way of allowance or reimbursement under any contract of employment or award or agreement regulating conditions of employment, of any employee not exceeding one thousand five hundred ringgit or its equivalent in foreign currency or such other amount or denomination as may be specified from time to time in respect of services rendered by him to the Labuan insurer within a period of four months before the commencement of the winding-up; (c) thirdly, all amounts due in respect of workers’ compensation, under any written law relating to workers’ compensation, which accrued before the commencement of the windingup; (d) fourthly, all remuneration payable to any employee in respect of vacation leave, or in the case of his death to any other person in his right, which accrued in respect of any period before the commencement of the windingup; (e) fifthly, all amounts due in respect of contributions payable during the twelve months next before the commencement of the winding-up by the Labuan insurer as the employer of any person under any written law relating to employees’ superannuation or provident funds or under any scheme of superannuation or retirement benefit which is an approved scheme under any federal law relating to income tax; (f) sixthly, the amount of all federal tax assessed under any written law before the date of the commencement of the winding-up or assessed at any time before the time fixed for the proving of debts has expired; (g) seventhly, all the liabilities and expenses attributable to its Labuan insurance business of the class for which the particular insurance fund is created; and (h) eighthly, after the liabilities and expenses attributable to the Labuan insurance business of the class to which the particular insurance fund referred to in paragraph (g) is applicable have been fully met, the amounts required to make good any deficit in the other insurance funds. (5) The debts in each class specified in subsection (4) shall rank in the order therein specified but debts of the same class shall rank equally between themselves, and shall be paid in full, unless the assets in the insurance fund of the Labuan insurer are insufficient to meet them, in which case they shall abate in equal proportions between themselves. (6) The provisions of this section shall have effect notwithstanding anything inconsistent therewith or contrary thereto in any other written law.

Malay text (authoritative)

Penggulungan penanggung insurans Labuan

(1) Lembaga hendaklah menjadi pihak kepada apa-apa petisyen bagi penggulungan mana-mana penanggung insurans Labuan. (2) Lembaga boleh mengemukakan petisyen bagi penggulungan penanggung insurans Labuan atau perniagaan insurans Labuannya atas alasan ketidakupayaannya menunaikan apa-apa liabilitinya atau apabila ia menggantung pembayaran kepada pemiutangnya. (3) Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), mahkamah hendaklah mengambil kira kepentingan pemunya polisi, pelanggan lain dan pemiutang penanggung insurans Labuan. (4) Dalam apa-apa penggulungan penanggung insurans Labuan, atau apabila penanggung insurans Labuan menjadi tidak solven, hendaklah dibayar daripada aset dalam kumpulan wang insurans atau kumpulan wang lain penanggung insurans Labuan mendahului segala hutang tidak bercagar lain— (a) pertamanya, kos dan perbelanjaan penggulungan itu, termasuk kos pelikuidasi atau penerima; (b) keduanya, semua upah atau gaji, sama ada atau tidak diperoleh keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai komisen, termasuklah apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau bayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang mengawal selia syarat-syarat pekerjaan, bagi mana-mana pekerja yang tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit atau nilai yang setara dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya kepada penanggung insurans Labuan itu dalam tempoh empat bulan sebelum bermulanya penggulungan itu; (c) ketiganya, semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja, di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja, yang terakru sebelum bermulanya penggulungan itu; (d) keempatnya, semua saraan yang kena dibayar kepada manamana pekerja berkenaan dengan cuti rehat, atau dalam hal kematiannya kepada mana-mana orang lain yang berhak bagi pihaknya, yang terakru berkenaan dengan apa-apa tempoh sebelum bermulanya penggulungan itu; (e) kelimanya, semua amaun yang terhutang berkenaan dengan caruman yang kena dibayar dalam masa dua belas bulan yang berikut sebaik sebelum bermulanya penggulungan oleh penanggung insurans Labuan sebagai majikan manamana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang persaraan atau simpanan pekerja atau di bawah apa-apa skim persaraan atau faedah pencen yang merupakan suatu skim diluluskan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan; (f) keenamnya, amaun semua cukai persekutuan yang ditaksirkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum tarikh permulaan penggulungan itu atau yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan bagi membuktikan hutang; (g) ketujuhnya, semua liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan insurans Labuannya daripada kelas yang baginya kumpulan wang insurans tertentu itu diwujudkan; dan (h) kelapannya, selepas liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan insurans Labuan daripada kelas yang baginya kumpulan wang insurans tertentu yang disebut dalam perenggan (g) terpakai telah ditunaikan sepenuhnya, amaun yang dikehendaki untuk mencukupkan apa-apa kekurangan dalam kumpulan wang insurans yang lain. (5) Hutang dalam setiap kelas yang ditentukan dalam subseksyen (4) hendaklah berperingkat mengikut susunan yang ditentukan dalam subseksyen itu tetapi hutang daripada jenis yang sama hendaklah berperingkat sama rata antara mereka sendiri, dan hendaklah dibayar dengan penuh, melainkan jika aset dalam kumpulan wang insurans penanggung insurans Labuan itu tidak mencukupi untuk menjelaskannya, dan dalam hal demikian ia hendaklah dikurangkan mengikut kadar yang sama rata antara mereka. (6) Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya atau yang berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next