My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 133

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 133

s 133 Interpretation

(1) In this Part, unless the context otherwise requires— “business day” means a day during any part of which the facilities of an exchange established pursuant to this Part are available to its trading agents for trading purposes or would have been available but for a suspension of trading ordered by the Authority under section 143; “committee” means the persons responsible for all matters relating to listing, licensing, trading and other matters related to the securities market; “exchange” includes a body corporate established as a securities exchange under section 134 and the Labuan International Financial Exchange that was established by the Minister under section 30 of the Labuan Offshore Securities Industry Act 1998 [Act 579] that was approved and recognized immediately before the effective date; “listing sponsor” means a person licensed by an exchange established pursuant to this Part, pursuant to its rules to carry on functions as a listing sponsor; “secretary” means the secretary for the time being of an exchange established pursuant to this Part and includes an acting or assistant secretary; “securities market” means a stock market or a place at which, or a facility by means of which— (a) offers to sell, purchase or exchange securities are regularly made or accepted; (b) offers or invitations that are intended, or may reasonably be expected, to result, whether directly or indirectly, in the making or acceptance of offers to sell, purchase or exchange securities, are regularly made; or (c) information concerning the prices at which or the consideration for which particular persons or classes of persons propose to sell, purchase or exchange, or may reasonably be expected to sell, purchase or exchange, securities is regularly provided; “trading agent” means a person licensed and authorised to engage in the business of dealing in securities pursuant to the rules of the exchange established pursuant to this Part.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “hari perniagaan” ertinya suatu hari yang dalam manamana bahagiannya kemudahan bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini disediakan kepada ejen perdagangan bagi maksud perdagangan atau yang mungkin disediakan jika tidak kerana penggantungan perdagangan yang diperintahkan oleh Lembaga di bawah seksyen 143; “jawatankuasa” ertinya orang yang bertanggungjawab bagi semua perkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, perdagangan dan perkara lain yang berhubungan dengan pasaran sekuriti; “bursa” termasuklah suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan sebagai bursa sekuriti di bawah seksyen 134 dan Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan yang ditubuhkan oleh Menteri di bawah seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 [Akta 579] yang diluluskan dan diiktiraf sebaik sebelum tarikh kuat kuasa; “penganjur penyenaraian” ertinya orang yang dilesenkan oleh bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini, menurut kaedah-kaedahnya untuk menjalankan fungsi sebagai penganjur penyenaraian; “setiausaha” ertinya setiausaha pada masa itu bagi bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini dan termasuklah seseorang pemangku atau penolong setiausaha; “pasaran sekuriti” ertinya suatu pasaran saham atau suatu tempat di mana, atau suatu kemudahan yang melaluinya— (a) tawaran untuk menjual, membeli atau bertukar sekuriti dibuat atau diterima secara berkala; (b) tawaran atau pelawaan yang dimaksudkan, atau yang mungkin dengan munasabahnya dijangkakan, akan menghasilkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pembuatan atau penerimaan tawaran untuk menjual, membeli atau menukar sekuriti, lazimnya dibuat; atau (c) maklumat mengenai harga yang dengannya atau balasan yang baginya orang atau kelas orang tertentu bercadang untuk menjual, membeli atau bertukar, atau mungkin dengan munasabah dijangkakan akan menjual, membeli atau bertukar, sekuriti lazimnya diberikan; “ejen perdagangan“ ertinya orang yang dilesenkan dan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan berurus niaga sekuriti menurut kaedah-kaedah bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini. PENGGAL 2 BURSA

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next