Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 137
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 137
s 137 Regulatory functions of exchanges
(1) In addition to its other functions, an exchange established under section 134 shall have regulatory functions and shall—
(a) ensure that it adequately supervises the market operations and the conduct of market participants;
(b) ensure the adequacy and efficiency of internal controls;
(c) ensure market participants follow capital adequacy rules;
(d) investigate misconduct or apparent misconduct by market participants and their representatives that could seriously affect investors or other participating organisations and promptly report to the Authority on these instances of misconduct;
(e) investigate possible market abuses, including insider dealing and fraudulent behaviour; and
(f) take disciplinary measures or agree to a settlement after a public hearing.
(2) Where an investigation is carried out by such exchange, it shall, in writing, forthwith—
(a) inform the Authority of the nature of such investigation and persons involved in the investigation; and
(b) advise the Authority on the status of such investigation at such intervals as the Authority may request.
(3) On the completion of an investigation, such exchange shall—
(a) transmit to the Authority all information in its possession relating to any such investigation; and
(b) inform the Authority of the outcome of such investigation and of any disciplinary measure or other course of action taken as a result of an investigation.
(4) An exchange established under section 134 shall ensure that an adequate budget allocation is made to properly carry out the regulatory functions mentioned in subsection (1).
(5) In this section “internal controls” means the system of controls put in place to asses and ensure the effectiveness of an exchange in the exercise of its regulatory functions and “market participants” means any investment dealer or any other person which has been given direct access to trading on the exchange.
Malay text (authoritative)
Fungsi pengawalseliaan bursa
(1) Sebagai tambahan kepada fungsinya yang lain, sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 hendaklah mempunyai fungsi pengawalseliaan dan hendaklah—
(a) memastikan bahawa ia menyeliakan operasi pasaran dan kelakuan peserta pasaran dengan mencukupi;
(b) memastikan kawalan dalaman yang mencukupi dan cekap;
(c) memastikan peserta pasaran mengikut kaedah-kaedah kecukupan modal;
(d) menyiasat salah laku atau salah laku ketara oleh peserta pasaran dan wakil mereka yang mungkin menjejaskan dengan serius pelabur atau organisasi yang menyertai yang lain dan dengan segera melaporkan kepada Lembaga mengenai kejadian salah laku ini;
(e) menyiasat salah guna pasaran yang mungkin, termasuk urus niaga orang dalam dan kelakuan berunsur fraud; dan
(f) mengambil langkah tatatertib atau bersetuju dengan suatu penyelesaian selepas pendengaran awam.
(2) Jika suatu penyiasatan dijalankan oleh bursa itu, ia hendaklah, secara bertulis, dengan segera—
(a) melaporkan kepada Lembaga mengenai jenis penyiasatan itu dan orang yang terlibat dalam penyiasatan itu; dan
(b) memaklumkan Lembaga tentang status setiap penyiasatan itu pada apa-apa lat tempoh yang diminta oleh Lembaga.
(3) Apabila penyiasatan selesai, bursa itu hendaklah—
(a) menghantar kepada Lembaga semua maklumat dalam milikannya yang berhubungan dengan apa-apa penyiasatan itu; dan
(b) memaklumkan Lembaga mengenai hasil penyiasatan itu dan mengenai apa-apa langkah tatatertib atau tindakan lain yang diambil berbangkit daripada penyiasatan itu.
(4) Sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 hendaklah memastikan bahawa peruntukan belanjawan yang mencukupi dibuat supaya fungsi pengawalseliaan yang disebut dalam subseksyen (1) dapat dijalankan dengan sepatutnya.
(5) Dalam seksyen ini “kawalan dalaman” ertinya sistem kawalan yang diadakan untuk menilai dan memastikan keberkesanan sesuatu bursa dalam penjalanan fungsi pengawalseliaannya dan “peserta pasaran” ertinya mana-mana peniaga pelaburan atau mana-mana orang lain yang telah diberi akses langsung kepada perdagangan di bursa itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).