My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 143

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 143

s 143 Suspension of trading on exchanges

(1) The Authority may direct any exchange established under section 134 by written notice to suspend trading, or any committee established under section 138 may, after notifying the Authority, suspend trading, on such exchange either wholly for a period not exceeding five consecutive business days or in respect of specified securities for such period as the Authority deems fit if the Authority after consultation with the committee determines that the orderly conduct of such trading is being or is likely to be prevented by reason of force majeure, natural disaster, strike or lock-out, revolution or other political upheaval or economic or financial crisis, wherever occurring. (2) Pursuant to subsection (1), suspension of trading shall be carried out in accordance with the rules of the relevant exchange. (3) The Authority may, after consultation with the committee, direct an exchange to extend the period of suspension of trading under subsection (1) either wholly for additional periods not exceeding five consecutive business days or in relation to specified securities for such additional periods as it deems fit. (4) The Authority shall within two business days give written notice of such extension to an exchange indicating therein the reason therefor and duration thereof and such notices shall take effect upon its delivery to such exchange. (5) The Authority shall on the business day next following delivery to an exchange of the notice under this section and if so requested by such exchange provide an opportunity for such exchange to be heard on the need for any suspension of trading or any extension thereof. (6) The Authority may revoke, withdraw or modify any direction made under subsections (1) and (3) at any time prior to expiry of the period of suspension or extension thereof.

Malay text (authoritative)

Penggantungan perdagangan di bursa

(1) Lembaga boleh mengarahkan mana-mana bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 dengan notis bertulis untuk menggantung perdagangan, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 138 boleh, selepas memberitahu Lembaga, menggantung perdagangan, pada bursa itu sama ada pada keseluruhannya selama suatu tempoh yang tidak melebihi lima hari perniagaan berturut-turut atau berkenaan dengan sekuriti yang ditentukan selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Lembaga jika Lembaga selepas berunding dengan jawatankuasa memutuskan bahawa perjalanan teratur perdagangan itu sedang atau mungkin terhalang oleh sebab force majeure, bencana alam, mogok atau sekat masuk, pemberontakan atau pergolakan politik yang lain atau krisis ekonomi atau kewangan, di mana-mana jua berlaku. (2) Menurut subseksyen (1), penggantungan perdagangan hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah bursa yang berkenaan. (3) Lembaga boleh, selepas berunding dengan jawatankuasa, mengarahkan sesuatu bursa untuk melanjutkan tempoh penggantungan perdagangan di bawah subseksyen (1) sama ada pada keseluruhannya bagi tempoh tambahan yang tidak melebihi lima hari perniagaan berturut-turut atau berhubung dengan sekuriti yang ditentukan selama apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya patut. (4) Lembaga hendaklah dalam tempoh dua hari perniagaan memberikan notis bertulis mengenai pelanjutan itu kepada sesuatu bursa dengan menunjukkan dalamnya sebab bagi pelanjutan itu dan tempohnya dan notis sedemikian hendaklah berkuat kuasa apabila ia diserahkan kepada bursa itu. (5) Lembaga hendaklah pada hari perniagaan yang mengikuti hari penghantarserahan notis kepada bursa di bawah seksyen ini dan jika diminta sedemikian oleh bursa itu memberi bursa itu peluang untuk didengar tentang perlunya apa-apa penggantungan perdagangan atau apa-apa pelanjutan penggantungan itu. (6) Lembaga boleh membatalkan, menarik balik atau mengubahsuaikan apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (3) pada bila-bila masa sebelum habis tempoh penggantungan atau pelanjutannya itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 2 β†’

Find Act 704 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next