My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 144

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 144

s 144 Minister’s power to suspend trading

(1) Without prejudice to section 143, where the Minister is satisfied that it is in the public interest to do so, or that it is expedient for the protection of investors or for the proper regulation of an exchange to do so, he may, on the recommendation of the Authority, make a suspension order relating to all or any of the following: (a) the functions of an exchange or its committee; (b) the functions of any subcommittee established by the committee referred to in paragraph (a); or (c) the functions of the principal officer, by whatever name called, who is responsible for the conduct of the business and operations of an exchange or any committee, as the case may be. (2) For so long as the suspension order is in force, the following provisions shall apply: (a) none of the functions to which the order relates shall be performed by such exchange or committee or any subcommittee established by the committee or by any officer of such exchange or the committee or any such subcommittee; (b) any function to which paragraph (a) applies may be performed by such person as shall be specified in the order in relation to that function; and (c) a person or body referred to in paragraph (a) shall not, by act or omission, either directly or indirectly, affect the manner in which the functions referred to in the order are performed unless the person referred to in paragraph (b) requests for his or its assistance. (3) Subject to subsection (6), a suspension order shall continue to be in force for such period, being a period not exceeding six months, as shall be specified in the order. (4) A suspension order or any extension thereof under subsection (6) shall take effect when a copy of the order or notice of the extension is served under paragraph (7)(a) to such exchange, committee or the subcommittee established by the committee to which the order relates. (5) Without prejudice to subsection (4), where a suspension order is made or such an order is extended under subsection (6), the Authority shall, as soon as it may be practicable, give a copy of the order or, as the case may be, the notice of its extension, to the principal officer of such exchange, the committee or a subcommittee established by the committee as the Authority may consider appropriate in the circumstances. (6) The Minister may, on the recommendation of the Authority, extend the period during which a suspension order is to remain in force for any further periods each not exceeding three months. (7) Where a suspension order is made or extended under this section, the Authority shall— (a) forthwith serve a copy of the order or notice in writing of the extension on such exchange, committee or the subcommittee to which the order relates; and (b) cause a suspension order or the notice of the extension as the case may be, to be published in the Gazette. (8) Any person who contravenes a suspension order issued under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (9) For the purposes of this section, “principal officer” includes a person, by whatever name called, who either individually or jointly with one or more other persons, is responsible for matters relating to listing, licensing, securities or dealings on such exchange or the committee.

Malay text (authoritative)

Kuasa Menteri untuk menggantung perdagangan

(1) Tanpa menjejaskan seksyen 143, jika Menteri berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, atau bahawa adalah suai manfaat bagi perlindungan pelabur atau bagi pengawalseliaan sepatutnya sesuatu bursa untuk berbuat demikian, dia boleh, atas syor Lembaga, membuat perintah penggantungan yang berhubungan dengan semua atau mana-mana yang berikut: (a) fungsi sesuatu bursa atau jawatankuasanya; (b) fungsi mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (a); atau (c) fungsi pegawai prinsipal, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang bertanggungjawab bagi penjalanan perniagaan dan operasi sesuatu bursa atau mana-mana jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Selagi perintah penggantungan itu berkuat kuasa, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (a) tiada satu pun fungsi yang dengannya perintah itu adalah berhubungan boleh dilaksanakan oleh bursa atau jawatankuasa itu atau mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa itu atau oleh mana-mana pegawai bursa atau jawatankuasa itu atau mana-mana jawatankuasa kecil itu; (b) apa-apa fungsi yang baginya perenggan (a) terpakai boleh dilaksanakan oleh mana-mana orang yang hendaklah ditentukan dalam perintah itu berhubung dengan fungsi itu; dan (c) orang atau badan yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh, dengan perbuatan atau peninggalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempengaruhi cara fungsi yang disebut dalam perintah itu dilaksanakan melainkan jika orang yang disebut dalam perenggan (b) meminta bantuan orang atau badan itu. (3) Tertakluk kepada subseksyen (6), sesuatu perintah penggantungan hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh, yang merupakan tempoh yang tidak melebihi enam bulan, sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu. (4) Sesuatu perintah penggantungan atau mana-mana pelanjutannya di bawah subseksyen (6) hendaklah berkuat kuasa apabila salinan perintah atau notis pelanjutan itu disampaikan di bawah perenggan (7)(a) kepada bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa yang dengannya perintah itu adalah berhubungan. (5) Tanpa menjejaskan subseksyen (4), jika perintah penggantungan dibuat atau perintah itu dilanjutkan di bawah subseksyen (6), Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyerahkan suatu salinan perintah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, notis pelanjutannya, kepada pegawai prinsipal bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa itu sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dalam hal keadaan itu. (6) Menteri boleh, atas syor Lembaga, melanjutkan tempoh yang dalamnya suatu perintah penggantungan terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh lanjut yang setiapnya tidak boleh melebihi tiga bulan. (7) Jika suatu perintah penggantungan dibuat atau dilanjutkan di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah— (a) dengan serta-merta menyampaikan suatu salinan perintah atau notis bertulis mengenai pelanjutan itu kepada bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dengannya perintah itu adalah berhubungan; dan (b) menyebabkan supaya perintah penggantungan atau notis pelanjutan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disiarkan dalam Warta. (8) Mana-mana orang yang melanggar perintah penggantungan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (9) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai prinsipal” termasuklah seseorang, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, sama ada dia sendiri atau bersesama dengan seorang yang lain atau dengan lebih daripada seorang yang lain, bertanggungjawab bagi perkaraperkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, sekuriti atau urus niaga di bursa itu atau dalam jawatankuasa itu.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next