Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 148
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 148
s 148 Defences
(1) An individual is not guilty of insider dealing by virtue of dealing in securities or encouraging another person to do so if he shows—
(a) that he did not at the time expect the dealing to result in a profit attributable to the fact that the information in question was price-sensitive information in relation to securities;
(b) that at the time he believed on reasonable grounds that the information had been disclosed widely enough to ensure that none of those taking part in the dealing in the securities would be prejudiced by not having that information; or
(c) that he would have done what he did even if he had not had the information.
(2) An individual is not guilty of insider dealing by virtue of a disclosure of information if he shows—
(a) that he did not at the time expect any person, because of the disclosure, to deal in securities; or
(b) that, although he had such an expectation at the time, he did not expect the dealing to result in profit attributable to the fact that the information was price-sensitive information in relation to securities.
(3) For the avoidance of doubt, any references to a profit in this Division includes the avoidance of a loss.
Malay text (authoritative)
Pembelaan
(1) Seseorang individu tidak melakukan kesalahan urus niaga orang dalam kerana berurus niaga sekuriti atau menggalakkan seseorang lain untuk melakukan sedemikian jika dia menunjukkan—
(a) bahawa dia tidak pada masa itu menjangkakan urus niaga itu akan menghasilkan suatu keuntungan yang boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa maklumat yang berkenaan ialah maklumat sensitif harga berhubung dengan sekuriti;
(b) bahawa pada masa itu dia mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa maklumat itu telah dizahirkan dengan sebegitu meluas sehingga dipasti bahawa tiada seorang pun yang mengambil bahagian dalam urus niaga sekuriti itu akan terjejas kerana tidak mempunyai maklumat itu;
(c) bahawa dia akan melakukan apa yang telah dilakukannya walaupun jika dia tidak mempunyai maklumat itu.
(2) Seseorang individu tidak melakukan kesalahan urus niaga orang dalam berdasarkan penzahiran maklumat jika dia menunjukkan—
(a) bahawa dia tidak pada masa itu menjangkakan mana-mana orang, disebabkan oleh penzahiran itu, akan berurus niaga sekuriti; atau
(b) bahawa, walaupun dia mempunyai jangkaan sedemikian pada masa itu, dia tidak menjangkakan urus niaga itu akan menghasilkan keuntungan yang boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa maklumat itu ialah maklumat sensitif harga berhubung dengan sekuriti.
(3) Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa sebutan mengenai keuntungan dalam Bahagian ini termasuklah pengelakan kerugian.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).