My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 156

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 156

s 156 Declaration or recognition of a self-regulatory organisation

(1) “Self-regulatory organisation” means a self-regulatory organisation whose object is to regulate the operations of its members or of the users of its services, their standards of practice and business conduct in order to better protect investors and consumers of securities or related services and includes such other organisations as may be declared or recognised as such by the Authority. (2) The Authority may, subject to such terms and conditions as it thinks fit, by publication in the Gazette declare or recognise that a corporation or organisation shall be a self-regulatory organisation in relation to a specified sector or industry, or any part thereof, where the Authority is satisfied that the corporation or organisation— (a) has a constitution and internal rules and policies which are consistent with this Act and any written law applicable to such sector or industry, or part thereof; (b) has the capacity and the financial and administrative resources necessary or desirable to carry out its functions and the regulatory or supervisory functions it shall perform as a self-regulatory organisation, including dealing with breaches of the law or of the applicable standards and guidelines; (c) shall not discriminate unreasonably against a person in offering access to its services or in carrying out its functions as a self-regulatory organisation; (d) is managed or controlled by officers or persons in control who are fit and proper persons under this Act; and (e) satisfies such criteria as may be specified in the rules stipulated by the Authority. (3) The Authority may, by written arrangement, delegate a power or function of the Authority to a self-regulatory organisation. (4) An arrangement under subsection (3) shall provide for— (a) any power or function delegated to the self-regulatory organisation by the Authority under subsection (3); (b) the terms and conditions upon which the power or function has been delegated and may be exercised by the selfregulatory organisation; (c) the persons authorised to exercise the power or function delegated on behalf of the self-regulatory organisation; and (d) the submission to the Authority of periodical reports in respect of the exercise of a delegated power or function by the self-regulatory organisation.

Malay text (authoritative)

Perisytiharan atau pengiktirafan organisasi kawal selia sendiri

(1) “Organisasi kawal selia sendiri” ertinya organisasi kawal selia sendiri yang tujuannya ialah untuk mengawal selia operasi anggotanya atau pengguna perkhidmatannya, standard amalannya dan kelakuan perniagaannya supaya dapat melindungi pelabur dan pengguna sekuriti atau perkhidmatan yang berkaitan dengan lebih baik dan termasuk apa-apa organisasi lain yang diisytiharkan atau diiktirafkan sedemikian oleh Lembaga; (2) Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan atau mengiktirafkan bahawa sesuatu perbadanan atau organisasi hendaklah menjadi suatu organisasi kawal selia sendiri berhubung dengan suatu sektor atau industri tertentu, atau mana-mana bahagiannya, jika Lembaga berpuas hati bahawa perbadanan atau organisasi itu— (a) mempunyai perlembagaan dan kaedah-kaedah dan dasar dalaman yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai bagi sektor atau industri itu, atau sebahagian daripadanya; (b) mempunyai kapasiti dan sumber kewangan dan pentadbiran yang perlu atau wajar untuk menjalankan fungsinya dan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan yang akan dilaksanakannya sebagai suatu organisasi kawal selia sendiri, termasuklah menguruskan pelanggaran undangundang atau pelanggaran standard dan garis panduan yang terpakai; (c) tidak membeza-bezakan secara tidak munasabah seseorang dalam menawarkan akses kepada perkhidmatannya atau dalam menjalankan fungsinya sebagai organisasi kawal selia sendiri; (d) diuruskan atau dikawal oleh pegawai atau orang yang mengawal yang merupakan orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini; dan (e) memenuhi apa-apa kriteria yang ditentukan dalam kaedahkaedah yang ditetapkan oleh Lembaga. (3) Lembaga boleh, melalui perkiraan bertulis, mewakilkan kuasa atau fungsi Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri. (4) Sesuatu perkiraan di bawah subseksyen (3), hendaklah mengadakan peruntukan bagi— (a) mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada organisasi kawal selia sendiri oleh Lembaga di bawah subseksyen (3); (b) terma dan syarat yang atasnya kuasa atau fungsi itu telah diwakilkan dan boleh dijalankan oleh organisasi kawal selia sendiri; (c) orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu bagi pihak organisasi kawal selia sendiri; dan (d) pengemukaan laporan berkala kepada Lembaga berkenaan dengan penjalanan kuasa atau fungsi yang diwakilkan oleh organisasi kawal selia sendiri.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next