s 171 Payment systems
(1) No person shall—
(a) commence to operate any payment system in, from or through Labuan; or
(b) where such person has been operating any payment system in, from or through Labuan immediately before the coming into operation of this Act, continue to operate such system,
unless he has submitted for the approval of the Authority the scheme of operations of the payment system and the rules, contract, by-laws or other documents relating to the rights, duties and liabilities of the persons participating in the payment system and obtained the authorisation in writing of the Authority to operate the payment system.
(2) Before making any decision under subsection (1), the Authority may require the person seeking authorisation to submit to the Authority such other information and particulars relating to the payment system or to the person seeking the authorisation, or to the persons who are or will be participating in the payment system, as the Authority may specify, and may also make such
inspection of the premises, equipment, machinery, books or other documents, accounts and transactions relating to the payment system as the Authority may consider desirable.
(3) The Authority may approve or reject a scheme submitted under subsection (1) and the rules, contract, by-laws or other documents relating to the scheme and submitted with the scheme or may approve the same subject to such modifications and alterations to the scheme, or to any or all such documents submitted therewith, as it may deem necessary, desirable or expedient, and may in giving any authorisation under this section, impose such restrictions, limitations, or conditions as it may deem fit.
(4) Notwithstanding anything contained in any authorisation given, or in any scheme or document approved, under subsection (3), any person authorised under that subsection shall comply with any regulations made under this Act relating to payment systems, and where there is any conflict or inconsistency between the terms of such authorisation or anything in such scheme or in any such document and such regulations, the provisions of the regulations shall prevail and have full force and effect.
(5) While an authorisation under subsection (3) is in force, the Authority may, from time to time, inspect the premises, equipment, machinery, books or other documents, accounts or transactions relating to the payment system.
(6) The Authority may, at any time, after giving the person authorised under subsection (3) a reasonable opportunity to make representations, revoke or suspend, or amend anything contained in, an authorisation granted under that subsection.
(7) In making any revocation under subsection (6), the Authority may include requirements of a consequential, ancillary or incidental nature to be complied with by the person whose authorisation is being revoked or by any person participating in the system, and in making any suspension under that subsection, the Authority may impose such terms, conditions and requirements as it deems necessary or expedient.
(8) Any person whose authorisation is revoked or suspended under subsection (6) shall immediately cease to operate the payment system in respect of which the authorisation was revoked or suspended.
(9) No Labuan licensed entity shall be granted an approval to operate any payment system under this section.
Malay text (authoritative)
Sistem pembayaran
(1) Tiada seorang pun boleh—
(a) mula mengendalikan apa-apa sistem pembayaran dalam, dari atau melalui Labuan; atau
(b) jika orang itu telah mengendalikan apa-apa sistem pembayaran dalam, dari atau melalui Labuan sebaik sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, terus mengendalikan sistem itu,
melainkan jika dia telah mengemukakan untuk kelulusan Lembaga skim pengendalian sistem pembayaran itu dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau dokumen lain yang berhubungan dengan hak, kewajipan dan liabiliti orang yang menyertai sistem pembayaran itu dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Lembaga untuk mengendalikan sistem pembayaran itu.
(2) Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh menghendaki orang yang berkehendakkan kebenaran itu untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan butir-butir lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu atau dengan orang yang berkehendakkan kebenaran itu, atau dengan orang yang sedang atau yang akan menyertai sistem pembayaran itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan juga boleh membuat apa-apa pemeriksaan premis, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun dan transaksi lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu sebagaimana yang didapati wajar oleh Lembaga.
(3) Lembaga boleh meluluskan atau menolak sesuatu skim yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau dokumen lain yang berhubungan dengan skim itu dan dikemukakan bersama dengan skim itu atau boleh meluluskannya tertakluk kepada apa-apa ubah suaian dan pengubahan kepada skim itu, atau kepada mana-mana atau semua dokumen yang dikemukakan bersama dengannya, sebagaimana yang
difikirkannya perlu, wajar atau suai manfaat, dan boleh apabila memberikan apa-apa kebenaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa sekatan, batasan, atau syarat yang disifatkannya patut.
(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam manamana kebenaran yang diberikan, atau dalam apa-apa skim atau dokumen yang diluluskan, di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang dibenarkan di bawah subseksyen itu hendaklah mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan sistem pembayaran, dan jika terdapat apa-apa konflik atau ketidakselarasan antara terma kebenaran itu atau apa-apa jua dalam skim itu atau dalam apa-apa dokumen itu dengan peraturan-peraturan sedemikian, peruntukan peraturanperaturan itu hendaklah mengatasi dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya.
(5) Semasa suatu kebenaran di bawah subseksyen (3) sedang berkuat kuasa, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa premis, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun atau transaksi lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu.
(6) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, selepas memberi orang yang dibenarkan di bawah subseksyen (3) peluang yang munasabah untuk membuat representasi, membatalkan atau menggantung, atau meminda apa-apa jua yang terkandung dalam, sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen itu.
(7) Dalam membuat apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (6), Lembaga boleh memasukkan kehendak yang bersifat berdampingan, berkaitan atau bersampingan untuk dipatuhi oleh orang yang kebenarannya hendak dibatalkan atau oleh mana-mana orang yang menyertai sistem itu, dan dalam membuat apa-apa penggantungan di bawah subseksyen itu, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
(8) Mana-mana orang yang kebenarannya dibatalkan atau digantung di bawah subseksyen (6) hendaklah dengan sertamerta berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang berkenaan dengannya kebenaran itu telah dibatalkan atau digantung.
(9) Tiada entiti berlesen Labuan boleh diberi kelulusan untuk mengendalikan apa-apa sistem pembayaran di bawah seksyen ini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).