Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 173
s 173 Internal audit
(1) Every bank licensee and insurance licensee shall conduct an internal audit of its books and operations as the Authority may specify from time to time and shall submit to the Authority a report of such internal audit which shall include a report on the said licensee’s accounting system and controls.
(2) An internal auditor appointed by a bank licensee or an insurance licensee to carry out an internal audit of its books
and operations under subsection (1) shall for the purposes of this Part be deemed to be an officer of the bank licensee or the insurance licensee respectively and shall, at all times, be subject to section 178.
(3) An internal audit may be carried out by any person except an external auditor of the bank licensee or insurance licensee, as the case may be, under section 174.
(4) An internal auditor shall immediately report to the Authority if, in the course of his duties as an internal auditor of a bank licensee or insurance licensee, he is satisfied that—
(a) there has been a contravention of the provisions of this Act or that an offence under any written laws has been committed by the bank licensee or insurance licensee or any of its officers or employees; or
(b) any irregularity which jeopardises the interests of the creditors of the bank licensee or the insurance licensee, or, in the case of the insurance licensee, the interests of the policy owners, or any other serious irregularity, has occurred.
(5) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
Malay text (authoritative)
Audit dalaman
(1) Tiap-tiap pemegang lesen bank dan pemegang lesen insurans hendaklah menjalankan audit dalaman ke atas buku dan operasinya sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan mengenai audit dalaman itu yang hendaklah termasuk suatu laporan mengenai sistem perakaunan dan kawalan pemegang lesen tersebut.
(2) Juruaudit dalaman yang dilantik oleh pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans untuk menjalankan audit dalaman ke atas buku dan operasinya di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi maksud Bahagian ini disifatkan sebagai seorang pegawai pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans masingmasingnya dan hendaklah, pada setiap masa, tertakluk kepada seksyen 178.
(3) Audit dalaman boleh dijalankan oleh mana-mana orang kecuali juruaudit luaran pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 174.
(4) Seseorang juruaudit dalaman hendaklah dengan segera melaporkan kepada Lembaga jika, dalam perjalanan kewajipannya sebagai juruaudit dalaman pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans, dia berpuas hati bahawa—
(a) telah berlaku suatu pelanggaran peruntukan Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undangundang bertulis telah dilakukan oleh pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu atau oleh mana-mana pegawai atau pekerjanya; atau
(b) apa-apa ketidakteraturan yang menjejaskan kepentingan pemiutang pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu, atau, dalam hal pemegang lesen insurans, kepentingan pemunya polisi, atau apa-apa ketidakteraturan serius yang lain, telah berlaku.
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Division 3 →
Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).