My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 176

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 176

s 176 Money or other property from illegal activities

(1) Any licensed entity or any person carrying on any activity under this Act shall not accept— (a) any money or other property originating from a transaction, operation or other activity which is a criminal offence under the laws of Malaysia or which, had it been carried out in Malaysia, would have been such an offence; or (b) any money or other property the receipt, ownership or control of which is or would be an offence as specified in paragraph (1)(a). (2) Where any person, being a director, officer or agent of any such licensed entity or such person specified in subsection (1)— (a) has reason to believe that the licensed entity or person specified in subsection (1) has property or has income accruing to it or derived by it and originating from a transaction, operation or other activity which is a criminal offence under the laws of Malaysia or which, had it been carried out in Malaysia, would have been such an offence; or (b) has received or has in its possession or control money or other property the receipt, ownership or control of which is or would be an offence as specified in paragraph (2)(a), it shall be the duty of such person to forthwith bring the matter to the notice of the Authority. (3) Any person who without reasonable excuse fails to comply with the requirements of subsection (1) or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) All monies or property described in subsections (1) and (2) shall be forfeited to the Government and become its property absolutely.

Malay text (authoritative)

Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang

(1) Mana-mana entiti berlesen atau mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti di bawah Akta ini tidak boleh menerima— (a) apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada sesuatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan; atau (b) apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau pengawalannya ialah atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(a). (2) Jika mana-mana orang, yang merupakan seorang pengarah, pegawai atau ejen mana-mana entiti berlesen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (1)— (a) mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa entiti berlesen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai harta atau pendapatan yang terakru kepadanya atau yang diperoleh olehnya dan yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan; atau (b) telah menerima atau mempunyai dalam milikannya atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau pengawalannya ialah atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(a), menjadi kewajipan orang itu untuk dengan serta-merta untuk membawa perkara itu kepada perhatian Lembaga. (3) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next