My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 178

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 178

s 178 Secrecy

(1) No person who for any reason has access to any record, book, register, correspondence or other document, material or information whatsoever relating to the affairs or accounts of the following persons, shall disclose to any other person, or make a record for any person of any such record, book, register, correspondence or other document, material or information: (a) a mutual fund under Part III; (b) any customer of a Labuan trust company or a Labuan private trust company under Part V; (c) any customer of a bank licensee under Part VI; (d) any policy owner under Part VII; (e) an exchange established under Part IX; (f) a self-regulatory organisation established under Part X; and (g) any licensed entity under this Act. (2) Subsection (1) shall not apply to— (a) any disclosure lawfully required under section 28B of the Labuan Financial Services Authority Act 1996 or under section 22 of the Labuan Business Activity Tax Act 1990; (b) any disclosure required under an order of the court made upon an ex-parte application, provided that the person disclosing the relevant information shall notify the person affected by the order and upon receipt of such notification, the affected person may file in the necessary application to the court to contest the order or otherwise comply with the order accordingly; (c) information relating to a mutual fund under Part III, with the prior consent of the mutual fund and its investors concerned; (d) information relating to a customer of a Labuan trust company or a Labuan private trust company under Part V, with the prior written consent of the customer; (e) information relating to a customer of a bank licensee under Part VI, with the prior written consent of the customer or his personal representative; (f) information relating to a policy owner under Part VII, with the prior written consent of the policy owner or his personal representative or in the course of placement of reinsurance business; (g) information relating to a licensed entity, with the prior written consent of the licensed entity. (3) No person who has any record, book, register, correspondence or other document, material or information which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person. (4) All proceedings, except criminal proceedings, relating to a contravention of this section shall be commenced in any Court under the provisions of this Act and any appeal therefrom shall, unless the Court otherwise orders, be heard in camera and no details of the proceedings shall be published by any person without leave of the Court. (5) Subject to subsection (6), nothing in this section shall limit any powers conferred upon the Court or a judge thereof by the Bankers’ Books (Evidence) Act 1949 or prohibit obedience to an order made under that Act. (6) Section 7 of the Bankers’ Books (Evidence) Act 1949 shall not apply to a bank licensee under Part VI, its directors or offers. (7) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Kerahsiaan

(1) Tiada seorang pun yang kerana apa-apa sebab mempunyai akses kepada apa jua rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat berhubungan dengan hal ehwal atau akaun orang yang berikut boleh menzahirkan kepada mana-mana orang, atau membuat rekod bagi mana-mana orang mengenai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat: (a) dana bersama di bawah Bahagian III; (b) mana-mana pelanggan suatu syarikat amanah Labuan atau syarikat amanah persendirian Labuan di bawah Bahagian V; (c) mana-mana pelanggan pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI; (d) mana-mana pemunya polisi di bawah Bahagian VII; (e) bursa yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX; (f) organisasi kawal selia sendiri yang ditubuhkan di bawah Bahagian X; dan (g) mana-mana entiti berlesen di bawah Akta ini. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi— (a) apa-apa penzahiran yang dikehendaki dengan sah di bawah seksyen 28 B Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 atau di bawah seksyen 22 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; (b) apa-apa penzahiran yang dikehendaki di bawah suatu perintah mahkamah yang dibuat dengan permohonan ex parte, dengan syarat bahawa orang yang menzahirkan maklumat yang berkenaan hendaklah memberitahu orang yang terjejas dengan perintah itu dan setelah diterima pemberitahuan itu, orang yang terjejas itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk mempertikaikan perintah itu atau sebaliknya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya: (c) maklumat yang berhubungan dengan dana bersama di bawah Bahagian III, dengan persetujuan dana bersama itu terlebih dahulu dan pelaburnya yang berkenaan; (d) maklumat yang berhubungan dengan pelanggan syarikat amanah Labuan atau syarikat amanah persendirian Labuan di bawah Bahagian V, dengan persetujuan bertulis pelanggan atau pelanggan itu terlebih dahulu; (e) maklumat yang berhubungan dengan pelanggan pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI, dengan persetujuan bertulis pelanggan itu atau wakil dirinya terlebih dahulu; (f) maklumat yang berhubungan dengan pemunya polisi di bawah Bahagian VII, dengan persetujuan bertulis pemunya polisi itu atau wakil dirinya terlebih dahulu atau dalam perjalanan peletakan perniagaan insurans semula; (g) maklumat yang berhubungan dengan entiti berlesen, dengan persetujuan bertulis entiti berlesen itu terlebih dahulu. (3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan berlanggaran dengan subseksyen (1) boleh dengan apa-apa cara jua menzahirkan rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain. (4) Semua prosiding, kecuali prosiding jenayah, yang berhubungan dengan pelanggaran seksyen ini hendaklah dimulakan di manamana Mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripadanya hendaklah, melainkan jika diperintahkan oleh Mahkamah selainnya, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir mengenai prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa keizinan Mahkamah. (5) Tertakluk kepada subseksyen (6), tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh membataskan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Mahkamah atau seseorang hakim oleh Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 atau melarang pematuhan perintah yang dibuat di bawah Akta itu. (6) Seksyen 7 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 tidaklah terpakai bagi pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI, pengarahnya atau tawaran. (7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next