My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 192

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 192

s 192 Misrepresentation

A person who— (a) wilfully or recklessly makes a misrepresentation in any document or material or records required to be filed, supplied or delivered under this Act; (b) makes any statement or gives any information required under this Act that he knows to be false or misleading; (c) knowingly fails to disclose any fact or information required to be disclosed under this Act; or (d) being in charge of, or having alone or with another or others possession of or control over, any information, records, books or other documents referred to in the provisions of this Act refuses or wilfully neglects to comply with any lawful direction given under such provisions, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Salah nyataan

Seseorang yang— (a) dengan sengaja atau dengan melulu membuat sesuatu salah nyataan dalam apa-apa dokumen atau bahan atau rekod yang dikehendaki supaya difailkan, diberikan atau dihantar serah di bawah Akta ini; (b) membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini yang diketahuinya palsu atau mengelirukan; (c) dengan disedarinya tidak menzahirkan apa-apa fakta atau maklumat yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah Akta ini; atau (d) mempunyai jagaan ke atas, atau mempunyai milikan atau kawalan secara berseorangan atau bersama seorang lain atau bersama beberapa orang lain atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa maklumat, rekod, buku atau dokumen lain yang disebut dalam peruntukan Akta ini yang enggan atau dengan sengaja abai untuk mematuhi apa-apa arahan sah di sisi undang-undang yang diberikan di bawah peruntukan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next