Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 194
s 194 Power to compound
(1) The Authority may, with the written consent of the Public Prosecutor, in a case where he deems it fit and proper so to do, compound any offence committed by any person which is punishable under this Act by making a written offer to such person to compound the offence on payment to the Authority, within such time as may be specified in the offer, of an amount which shall not exceed fifty per centum of the amount of the maximum fine to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted.
(3) Where the amount specified in the offer under subsection (1) is not paid within the time specified in the offer, or within such extended period as the Authority may grant, prosecution of the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(4) W h e r e a n o ff e n c e h a s b e e n c o m p o u n d e d u n d e r subsection (1), no prosecution shall be instituted after that in respect of such offence against the person to whom the offer to compound was made.
(5) Any monies paid into the Authority pursuant to subsection (1) shall be paid into and form part of the Fund established under section 29 of the Labuan Financial Services Authority Act 1996.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengkompaun
(1) Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, dalam kes yang difikirkannya patut dan sesuai untuk berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu atas pembayaran kepada Lembaga, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3) Jika amaun yang ditentukan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(5) Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
Read this section in the full act β Β· Open Division 3 β
Find Act 704 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).