Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 21
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 21
s 21 Exemptions and indemnifications of trustee from liability
(1) Subject to this section, a term, provision or covenant of a debenture or a trust deed of a term of contract with holders of debentures secured by a trust deed shall be void insofar as the term, provision or covenant, as the case may be, would have the effect of—
(a) exempting a trustee from liability for contravention of any provision of this Part or for breach of trust or failure to show the degree of care and diligence required of it as a trustee;
(b) indemnifying a trustee against liability for contravention of any provision of this Part or for breach of trust or for failure to show the degree of care and diligence required of it as a trustee,
unless the term, provision or covenant—
(A) releases the trustee from liability for anything done or omitted to be done before the release is given; or
(B) enables a meeting of debenture holders to approve the release of a trustee from liability for anything done or omitted to be done before the release is given.
(2) For the purpose of paragraph (1)(B)—
(a) a release is approved if the debenture holders who vote for the resolution hold seventy-five per centum of the nominal value of the debentures held by all the debenture holders who attend the meeting and vote on the resolution; and
(b) a debenture holder attends the meeting and votes on the resolution if—
(i) such debenture holder attends the meeting in person and votes on the resolution; or
(ii) if proxies are permitted, the debenture holder is represented at the meeting by a proxy and the proxy votes on the resolution.
Malay text (authoritative)
Pengecualian dan tanggung rugi pemegang amanah daripada liabiliti
(1) Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu terma, peruntukan atau waad suatu debentur atau surat ikatan amanah suatu terma kontrak dengan pemegang debentur yang dijamin oleh suatu surat ikatan amanah adalah tidak sah setakat yang terma, peruntukan atau waad itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan mempunyai kesan—
(a) untuk mengecualikan pemegang amanah daripada liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah;
(b) untuk menanggung rugi seorang pemegang amanah terhadap liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah,
melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—
(A) melepaskan pemegang amanah itu daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan; atau
(B) membolehkan suatu mesyuarat pemegang debentur untuk meluluskan pelepasan pemegang amanah daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan.
(2) Bagi maksud perenggan (1)(B)—
(a) suatu pelepasan diluluskan jika pemegang debentur yang mengundi untuk ketetapan itu memegang sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada nilai nominal debentur yang dipegang oleh semua pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; dan
(b) seseorang pemegang debentur hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu jika—
(i) pemegang debentur itu hadir sendiri pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; atau
(ii) jika proksi dibenarkan, pemegang debentur itu diwakili pada mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi untuk ketetapan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).