My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 23

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 23

s 23 Obligations of directors of borrowing company

(1) The directors of the borrowing company shall— (a) at the end of a period not exceeding three months ending on a day, such day being the later of the date of the relevant prospectus, if applicable, or the date on which the debenture is issued pursuant to the trust deed, which the trustee for the holders of debentures of the borrowing company is required to notify to the borrowing company in writing; and (b) at the end of each succeeding period thereafter, being a period of three months or such shorter time as the trustee may, in any special circumstances, allow, prepare a report that relates to that period and complies with the requirements of subsection (2) and, within thirty days after the end of each such period, lodge a copy of the report relating to that period with the Authority and with the trustee. (2) The report referred to in subsection (1) shall be signed by not less than two of the directors on behalf of all of them and shall set out in detail any matter adversely affecting the security or the interests of the holders of the debentures and, without affecting the generality of the foregoing, shall state— (a) whether or not the limitations on the amount that the borrowing company may borrow have been exceeded; (b) whether or not the borrowing company and each of its guarantor companies have observed and performed all the provisions and covenants binding upon them respectively by or pursuant to the debentures or any trust deed; (c) whether or not any event has happened which has caused or could cause the debentures or any provisions of the relevant trust deed to become enforceable and, if so, particulars of that event; (d) whether or not any circumstances affecting the borrowing company, its subsidiaries or its guarantor companies or any of them have occurred which materially affect any security or charge created by the debentures or any trust deed and, if so, particulars of those circumstances; (e) whether or not there has been any substantial change in the nature of the business of the borrowing company or any of its subsidiaries or any of its guarantor companies since the debentures were first issued under subsection 8(1) which has not previously been reported upon as required by this section and, if so, particulars of that change; and (f) where the borrowing company has deposited money with, or lent money to, or assumed any liability of, a corporation which pursuant to section 4 of the Labuan Companies 1990 is deemed to be related to the borrowing company, particulars of— (i) the total amount so deposited or lent and the extent of any liabilities so assumed during the period covered by the report; and (ii) the total amount owing to the borrowing company in respect of money so deposited or lent and the extent of any liabilities so assumed as at the end of the period covered by the report, distinguishing between deposits, loans and assumptions of liability which are secured and those which are unsecured, but not including any deposit with or loan to or any liability assumed on behalf of a corporation if that corporation has guaranteed the repayment of the debentures of the borrowing company and has secured the guarantee by a charge over its assets in favour of the trustee for the holders of the debentures of the borrowing company. (3) Where there is a trustee for the holders of any debentures issued by a borrowing company, the borrowing company and each guarantor company which has guaranteed the repayment of the monies raised by the issue of those debentures shall, within twenty-one days after the creation of the charge, furnish the trustee on behalf of the holders of the debentures, whether or not any demand therefor by it has been made, with particulars in writing of any charge created by the corporation or the guarantor company, as the case may require, and when the amount to be advanced upon the security of the charge is indeterminate within seven days after the advance with particulars of the amount or amounts in fact advanced, but where any such advances are merged in a current account with bankers or trade creditors, it shall be sufficient for particulars of the net amount outstanding in respect of any such advances to be furnished every three months. (4) The directors of every borrowing company which has issued debentures under subsection 8(1), not including those excluded under subsection 8(5), and of every guarantor company which has guaranteed the repayment of the monies raised by the issue of such debentures shall, at some date not later than nine months after the expiration of each financial year of the borrowing company or the guarantor company, cause to be made out and lodged with the Authority and with the trustee a profit and loss account together with a detailed statement of outstanding liability under such debentures for the period from the end of that financial year until the expiration of six months after the end of that financial year and a balance sheet as at the end of the period to which the profit and loss account relates. (5) Where any guarantor company, being a company which is incorporated in any state or territory nominated for the purposes of this section by the Minister, has lodged with the appropriate authority in any such nominated state or territory a profit and loss account and balance sheet for the relevant period, that shall be sufficient compliance with the requirements of subsection (4) if, with the consent of the trustee, there is lodged with the Authority and the trustee certified copies of the profit and loss account and balance sheet so lodged. (6) Where the directors of a borrowing company do not lodge with the trustee a report as required under subsection (1), or where the directors of a borrowing company or of its guarantor companies do not lodge with the Authority and the trustee the profit and loss account, detailed statement and balance sheet as required under subsection (4) within the time specified, the trustee shall, as soon as possible, lodge notice of that fact with the Authority. (7) Any person who contravenes subsection (1) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit. (8) This section shall not apply to an offer or invitation of securities under subsection 8(5).

Malay text (authoritative)

Obligasi pengarah syarikat peminjam

(1) Pengarah syarikat peminjam hendaklah— (a) pada akhir sesuatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan yang berakhir pada hari, yang tidak lewat daripada tarikh prospektus yang berkenaan, jika ada, atau tarikh debentur diterbitkan menurut surat ikatan amanah, yang pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam dikehendaki memberitahu syarikat peminjam itu secara bertulis; dan (b) pada akhir setiap tempoh yang berikutnya selepas itu, iaitu suatu tempoh selama tiga bulan atau apa-apa masa yang lebih singkat yang dibenarkan oleh pemegang amanah itu dalam apa-apa hal keadaan khas, menyediakan suatu laporan berhubungan dengan tempoh itu dan yang mematuhi kehendak subseksyen (2) dan, dalam masa tiga puluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu, menyerahkan suatu salinan laporan yang berhubungan dengan tempoh itu kepada Lembaga dan kepada pemegang amanah itu. (2) Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang pengarah bagi pihak kesemua pengarah dan hendaklah menyatakan secara terperinci apa-apa perkara yang memudaratkan cagaran atau kepentingan pemegang debentur dan, tanpa menyentuh keluasan yang terdahulu, hendaklah menyatakan— (a) sama ada atau tidak had amaun yang syarikat peminjam itu boleh meminjam telah dilebihi; (b) sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah menuruti dan melaksanakan kesemua peruntukan dan waad yang mengikat mereka masing-masing melalui atau menurut debentur atau apaapa surat ikatan amanah; (c) sama ada atau tidak apa-apa kejadian telah berlaku yang menyebabkan atau boleh menyebabkan debentur atau apa-apa peruntukan surat ikatan amanah yang berkenaan boleh dikuatkuasakan dan, jika demikian, butir-butir mengenai kejadian itu; (d) sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang menyentuh syarikat peminjam itu, subsidiarinya atau syarikat penjaminnya atau mana-mana daripadanya telah berlaku yang secara material menjejaskan apa-apa cagaran atau gadaian yang diwujudkan oleh debentur atau apa-apa surat ikatan amanah dan, jika demikian, butir-butir mengenai hal keadaan itu; (e) sama ada atau tidak telah terdapat apa-apa perubahan substansial pada jenis perniagaan syarikat peminjam itu atau mana-mana subsidiarinya atau mana-mana syarikat penjaminnya sejak debentur itu mula-mula diterbitkan di bawah subseksyen 8(1) yang dahulunya tidak dilaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen ini dan, jika demikian, butir-butir mengenai perubahan itu; dan (f) jika syarikat peminjam itu telah mendepositkan wang dengan, atau meminjamkan wang kepada, atau mengambil alih apa-apa liabiliti, sesuatu perbadanan yang menurut seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990 disifatkan berkaitan dengan syarikat peminjam itu, butir-butir mengenai— (i) jumlah amaun yang telah didepositkan atau dipinjamkan sedemikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih sedemikian dalam tempoh yang diliputi oleh laporan itu; dan (ii) jumlah amaun yang terhutang kepada syarikat peminjam itu berkenaan dengan wang yang telah didepositkan atau dipinjamkan sedemikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih sedemikian pada akhir tempoh yang diliputi oleh laporan itu, dengan membezakan antara deposit, pinjaman dan pengambilalihan liabiliti yang bercagar dengan yang tidak bercagar, tetapi tidak termasuk apa-apa deposit dengan atau pinjaman kepada atau apa-apa liabiliti yang diambil alih bagi pihak sesuatu perbadanan jika perbadanan itu telah menjamin pembayaran balik debentur syarikat peminjam itu dan telah mengikat jaminan itu dengan suatu gadaian ke atas asetnya bagi faedah pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam itu. (3) Jika terdapat pemegang amanah bagi pemegang apa-apa debentur yang diterbitkan oleh sesuatu syarikat peminjam, syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjamin yang telah menjamin pembayaran balik wang yang telah diperdapatkan melalui penerbitan debentur itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas pewujudan gadaian itu, memberi pemegang amanah bagi pihak pemegang debentur itu, sama ada atau tidak apa-apa tuntutan mengenainya telah dibuat, butir-butir bertulis mengenai apaapa gadaian yang diwujudkan oleh perbadanan itu atau syarikat penjamin itu, mengikut kehendak keadaan, dan apabila amaun yang hendak didahulukan atas jaminan gadaian itu tidak tertentu dalam tempoh tujuh hari selepas pendahuluan itu, butir-butir mengenai amaun atau amaun-amaun yang sebenarnya didahulukan, tetapi jika apa-apa pendahuluan itu dicantumkan dalam suatu akaun semasa dengan jurubank atau pemiutang perdagangan, adalah mencukupi bagi butir-butir mengenai amaun bersih yang belum jelas berkenaan dengan apa-apa pendahuluan itu diberikan tiaptiap tiga bulan. (4) Pengarah tiap-tiap syarikat peminjam yang telah menerbitkan debentur di bawah subseksyen 8(1), tidak termasuk yang dikecualikan di bawah subseksyen 8(5), dan pengarah tiap-tiap syarikat penjamin yang telah menjamin pembayaran balik wang yang diperdapatkan melalui penerbitan debentur hendaklah, pada sesuatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan bulan selepas habis tempoh setiap tahun kewangan syarikat peminjam itu, atau syarikat penjamin itu, menyebabkan supaya dibuat dan diserahkan kepada Lembaga dan kepada pemegang amanah itu suatu akaun untung rugi berserta dengan pernyataan terperinci mengenai liabiliti belum bayar di bawah debentur itu bagi tempoh mulai dari akhir tahun kewangan itu sehingga habis tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu dan suatu kunci kira-kira sebagaimana pada akhir tempoh yang dimaksudkan oleh akaun untung rugi itu. (5) Jika mana-mana syarikat penjamin, iaitu syarikat yang diperbadankan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan bagi maksud seksyen ini oleh Menteri, telah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan itu suatu akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi tempoh yang berkenaan itu, ia hendaklah menjadi pematuhan yang mencukupi dengan kehendak subseksyen (4) jika, dengan persetujuan pemegang amanah, diserahkan kepada Lembaga dan pemegang amanah itu salinan diperakui bagi akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diserahkan sedemikian. (6) Jika pengarah sesuatu syarikat peminjam tidak menyerahkan kepada pemegang amanah suatu laporan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau jika pengarah sesuatu syarikat peminjam atau pengarah syarikat penjaminnya tidak menyerahkan kepada Lembaga dan pemegang amanah akaun untung rugi, pernyataan terperinci dan kunci kira-kira sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) dalam masa yang ditentukan itu, pemegang amanah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menyerahkan notis mengenai hakikat itu kepada Lembaga. (7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (8) Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next