My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 29

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 29

s 29 Private fund to lodge an information memorandum or such other offering document

(1) A private fund shall lodge the information memorandum or such other offering document relating to the private fund purporting to describe the business and affairs of the private fund with the Authority. (2) The information memorandum or such other offering document referred to in subsection (1) shall be lodged by a private fund through a licensed entity which shall be reasonably satisfied that— (a) the information memorandum or such other offering document being lodged refers to a private fund as defined under this Part; and (b) there is no element of fraud involved in the establishment of the private fund. (3) An information memorandum or such other offering document lodged by a private fund shall be deemed to be a prospectus in so far as it relates to the liability of that private fund for any statement or information that is false or misleading or from which there is a material omission. (4) Upon receipt of the information memorandum or such other offering document under subsection (1), the Authority shall enter the particulars of the same in the registers maintained pursuant to Division 5 of this Part.

Malay text (authoritative)

Dana persendirian hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain

(1) Suatu dana persendirian hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang berhubungan dengan dana persendirian itu yang berupa memperihalkan perniagaan dan hal ehwal dana persendirian itu kepada Lembaga. (2) Memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh suatu dana persendirian melalui entiti berlesen yang hendaklah berpuas hati dengan semunasabahnya bahawa— (a) memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang diserahkan itu merujuk kepada suatu dana persendirian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Bahagian ini; dan (b) tidak terdapat unsur fraud dalam penubuhan dana persendirian itu. (3) Sesuatu memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang diserahkan oleh suatu dana persendirian hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus setakat yang memorandum maklumat itu adalah berhubungan dengan liabiliti dana persendirian itu bagi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau yang mengelirukan atau yang daripadanya terdapat suatu peninggalan material. (4) Apabila Lembaga menerima memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mencatatkan butir-butir mengenainya dalam daftar yang disenggarakan menurut Penggal 5 Bahagian ini.

Read this section in the full act → · Open Subdivision 1 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next