Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 33
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 33
s 33 Power to grant or refuse registration of public funds
(1) The Authority may grant or refuse to grant—
(a) registration of a public fund; or
(b) provisional acceptance of a proposed public fund.
(2) A grant under subsection (1) may be made subject to any terms, conditions, limitations or restrictions.
(3) A provisional acceptance granted under paragraph (1)(b) shall be valid and effective for a period not exceeding six months from the date on which it is granted.
(4) A provisional acceptance may be renewed for a period not exceeding three months upon application being made to the
Authority and accompanied by such documents or information as the Authority may require.
(5) Notwithstanding the grant of a provisional acceptance under paragraph (1)(b) to a proposed public fund, the Authority may grant registration to such a proposed public fund as a public fund under paragraph (1)(a).
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk membenarkan atau enggan membenarkan pendaftaran dana awam
(1) Lembaga boleh, membenarkan atau enggan membenarkan—
(a) pendaftaran sesuatu dana awam; atau
(b) penerimaan bersyarat sesuatu dana awam yang dicadangkan.
(2) Sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan.
(3) Sesuatu penerimaan bersyarat yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah sah dan berkesan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh penerimaan bersyarat itu dibenarkan.
(4) Sesuatu penerimaan bersyarat boleh diperbaharui bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dan disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga.
(5) Walaupun penerimaan bersyarat telah dibenarkan di bawah perenggan (1)(b) kepada suatu dana awam yang dicadangkan, Lembaga boleh membenarkan pendaftaran dana awam yang dicadangkan itu sebagai suatu dana awam di bawah perenggan (1)(a).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).