My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 59

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 59

s 59 Interpretation

In this Part, unless the context otherwise requires— “estate” means any property, whether real or personal, which is committed to the administration or management of a Labuan trust company as executor, administrator, trustee, receiver, committee, guardian or agent; “Labuan managed trust company” means a person carrying on trust company business where such business is managed by another Labuan trust company pursuant to the provisions of Division 3 of this Part; “settlor” means— (a) a person who provides trust property or makes a testamentary disposition on trust or to a trust, but does not include a person who contributes to a unit trust and described as such within a trust instrument; and (b) if there is more than one settlor named in the trust instrument, the named settlors must be connected persons; “trust company business” means— (a) establishing or using a share transfer office or share registration office; (b) administering, managing or otherwise dealing with property as an agent, legal personal representative or trustee, whether by servant or agent or otherwise; (c) maintaining an agent for the purpose of soliciting or procuring business, whether or not the agent is continuously resident in Labuan; (d) maintaining an office, agency or branch, whether or not that office, agency or branch is also used for any purpose by another entity; (e) the provision of— (i) management and accounting services to; or (ii) directors, secretaries and registered offices for, Labuan companies incorporated or registered under the Labuan Companies Act 1990 and foreign Labuan companies registered under that Act; (f) incorporating or registering companies under the Labuan Companies Act 1990 and generally acting as a lodging agent for any document required to be lodged by a company or person under that Act; and (g) providing such other services as may be approved by the Authority from time to time, to or on behalf or any person; “trust instrument” means an instrument in writing by which a trust is created and includes a unilateral declaration of trust and an instrument varying the terms of the trust.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “harta pusaka” ertinya apa-apa harta, sama ada harta tanah atau harta diri, yang dikomitkan kepada pentadbiran atau pengurusan suatu syarikat amanah Labuan sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima, jawatankuasa, penjaga atau ejen; “syarikat amanah diurus Labuan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan syarikat amanah apabila perniagaan itu diuruskan oleh satu lagi syarikat amanah Labuan menurut peruntukan Penggal 3 Bahagian ini; “pembuat amanah” ertinya— (a) seseorang yang mengadakan harta amanah atau membuat pemberian berwasiat atas amanah atau kepada suatu amanah, tetapi tidak termasuk seseorang yang membuat sumbangan kepada suatu amanah saham dan diperihalkan sedemikian dalam suatu surat cara amanah; dan; (b) jika terdapat lebih daripada seorang pembuat amanah yang dinamakan dalam surat cara amanah itu, pembuat amanah yang dinamakan itu mestilah orang berkaitan; “perniagaan syarikat amanah” ertinya— (a) menubuhkan atau menggunakan pejabat pemindahan syer atau pejabat pendaftaran syer; (b) mentadbirkan, menguruskan atau selainnya mengurusniagakan harta sebagai ejen, wakil diri di sisi undang-undang atau pemegang amanah, sama ada melalui pekhidmat atau ejen atau selainnya; (c) menyenggarakan ejen bagi maksud mencari atau mendapatkan perniagaan, sama ada ejen itu bermastautin secara berterusan di Labuan atau tidak; (d) menyenggarakan pejabat, agensi atau cawangan, sama ada pejabat, agensi atau cawangan itu digunakan juga bagi apa-apa maksud oleh suatu entiti lain atau tidak; (e) mengadakan— (i) perkhidmatan pengurusan dan perakaunan kepada; atau (ii) pengarah, setiausaha dan pejabat berdaftar bagi, syarikat Labuan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 dan syarikat Labuan asing yang didaftarkan di bawah Akta itu; (f) memperbadankan atau mendaftarkan syarikat di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 dan secara amnya bertindak sebagai ejen penyerahan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan oleh sesuatu syarikat atau seseorang di bawah Akta itu; dan (g) menyediakan apa-apa perkhidmatan lain yang diluluskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, kepada atau bagi pihak mana-mana orang; “surat cara amanah” ertinya suatu surat cara bertulis yang melaluinya suatu amanah diwujudkan dan termasuklah suatu akuan amanah satu pihak dan suatu surat cara yang mengubah terma amanah itu.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next