My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 61

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 61

s 61 Licensing of trust companies

(1) Subject to section 60, a person incorporated or registered under the Labuan Companies Act 1990 may apply to the Authority, in the specified form, for a licence to carry on trust company business in Labuan. (2) An applicant may apply to the Authority for a licence under subsection (1) by meeting the following criteria: (a) the applicant has contributed at least the equivalent in any foreign currency of one hundred and fifty thousand ringgit to the capital or working funds of the Labuan company or foreign Labuan company; (b) the applicant eitherβ€” (i) has obtained, or will obtain a professional indemnity insurance policy with a coverage of not less than one million ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount or denomination as may be determined by the Authority; or (ii) has deposited with the Authority security to the value of one hundred thousand ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount or denomination as may be determined by the Authority; (c) the applicant is able to meet its obligations, including its liabilities to its shareholders; and (d) the directors and officers of the applicant who are responsible for the management of the Labuan trust company in Labuan, are fit and proper persons. (3) A Labuan trust company shall haveβ€” (a) at least two trust officers, one of whom shall be based in Labuan; and (b) a place of business in Labuan.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran syarikat amanah

(1) Tertakluk kepada seksyen 60, seseorang yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 boleh memohon kepada Lembaga, dalam borang yang ditentukan, bagi lesen untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah di Labuan. (2) Seseorang pemohon boleh memohon kepada Lembaga bagi lesen di bawah subseksyen (1) dengan memenuhi kriteria yang berikut: (a) pemohon telah menyumbangkan sekurang-kurangnya jumlah yang setara dengan satu ratus lima puluh ribu ringgit dalam apa-apa mata wang asing kepada modal atau dana kerja syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu; (b) pemohon itu sama adaβ€” (i) telah mendapatkan, atau akan mendapatkan suatu polisi insurans tanggung rugi profesional dengan perlindungan yang tidak kurang daripada satu juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh Lembaga; atau (ii) telah mendepositkan dengan Lembaga cagaran yang bernilai satu ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh Lembaga; (c) pemohon itu dapat menunaikan obligasinya, termasuk liabilitinya kepada pemegang syernya; dan (d) pengarah dan pegawai pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan syarikat amanah Labuan di Labuan, adalah orang yang layak dan sesuai. (3) Sesuatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempunyaiβ€” (a) sekurang-kurangnya dua pegawai amanah, seorang daripadanya hendaklah ditempatkan di Labuan; dan (b) tempat perniagaan di Labuan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 1 β†’

Find Act 704 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next