My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 69

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 69

s 69 Labuan trust company’s power to act as joint trustee with another

(1) A Labuan trust company may act as trustee, executor or agent together with another Labuan trust company or person if— (a) the instrument under which it acts so provides; (b) it is authorised or required to do so by law; or (c) the Court so orders. (2) A Labuan trust company shall not be liable for breach of trust or loss resulting from any act or omission of a joint trustee, executor or agent with whom it is acting, unless the Labuan trust company has itself actively participated in, or assented to, such breach of trust.

Malay text (authoritative)

Kuasa syarikat amanah Labuan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bersama dengan pemegang amanah lain

(1) Suatu syarikat amanah Labuan boleh bertindak sebagai pemegang amanah, wasi atau ejen bersesama dengan syarikat amanah Labuan atau orang lain jika— (a) surat cara yang di bawahnya syarikat amanah itu bertindak memperuntukkan sedemikian; (b) syarikat amanah itu diberi kuasa atau dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang; atau (c) Mahkamah memerintahkan sedemikian. (2) Suatu syarikat amanah Labuan tidaklah bertanggungan bagi pecah amanah atau kerugian yang diakibatkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan pemegang amanah, wasi atau ejen bersama yang dengannya syarikat amanah itu bertindak, melainkan jika syarikat amanah Labuan itu sendiri telah terlibat secara aktif dalam, atau bersetuju dengan, pecah amanah itu.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next