My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 7

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 7

s 7 Interpretation

(1) In this Part, unless the context otherwise requires— “borrowing company” means a Labuan company that is or will be under a liability, whether or not such liability is present or future, to repay any money received or to be received by it in response to an offer made under section 8 to subscribe for or purchase debentures of the Labuan company; “guarantor company”, in relation to a borrowing company, means a corporation that has guaranteed, or has agreed to guarantee, the repayment of any money received or to be received by the borrowing company in response to an offer made under section 8 to subscribe for or purchase debentures of the borrowing company; “promoter”, in relation to a prospectus issued by or in connection with a Labuan company, means a promoter of the company who was a party to the preparation of the prospectus or any relevant portion thereof, but does not include any person by reason only of his acting in a professional or advisory capacity; and “secured debenture” means— (a) any debenture which is stated on its face to be a secured debenture; and (b) any debenture which is issued on terms affording the holder of the debenture rights and powers to vote and demand a poll in respect of the business and undertaking of the company, whether in addition to the rights of members of the company or in substitution for those rights.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “syarikat peminjam” ertinya sesuatu syarikat Labuan yang berada atau akan berada di bawah suatu liabiliti, sama ada atau tidak liabiliti itu pada masa sekarang atau masa hadapan, untuk membayar balik apa-apa wang yang diterima atau akan diterima olehnya sebagai sambutan kepada suatu tawaran yang dibuat di bawah seksyen 8 untuk memohon beli atau membeli debentur syarikat Labuan; “syarikat penjamin”, berhubungan dengan syarikat peminjam, ertinya sesuatu perbadanan yang telah menjamin, atau telah bersetuju untuk menjamin, pembayaran balik apa-apa wang yang diterima atau akan diterima oleh syarikat peminjam sebagai sambutan kepada suatu tawaran yang dibuat di bawah seksyen 8 untuk memohon beli atau membeli debentur syarikat peminjam itu; “penaja”, berhubungan dengan prospektus yang dikeluarkan oleh atau berkaitan dengan sesuatu syarikat Labuan, ertinya penaja syarikat itu yang menjadi pihak dalam penyediaan prospektus atau mana-mana bahagiannya yang relevan, tetapi tidaklah termasuk mana-mana orang yang semata-mata bertindak atas sifat profesionalnya atau atas sifatnya sebagai penasihat; dan “debentur bercagar” ertinya— (a) apa-apa debentur yang dinyatakan pada mukanya sebagai suatu debentur bercagar; dan (b) apa-apa debentur yang diterbitkan atas terma yang memberi pemegang debentur itu hak dan kuasa untuk mengundi dan menuntut suatu pengundian berkenaan dengan perniagaan dan pengusahaan syarikat, sama ada sebagai tambahan kepada hak anggota syarikat atau sebagai ganti hak itu. PENGGAL 2 TAWARAN

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next