My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 71

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 71

s 71 Licensing of Labuan managed trust companies

(1) No person may be licensed as a Labuan managed trust company unless it is— (a) a Labuan company or a foreign Labuan company; or (b) a foreign company licensed, registered or approved to carry out trust company business in other jurisdictions. (2) The Authority may grant or refuse to grant a licence to such person as a Labuan managed trust company and impose any terms and conditions on such licence as it deems necessary. (3) An application for a licence under this Part shall be accompanied by— (a) submission of a proposed detailed management agreement between the applicant and the Labuan trust company; (b) submission of a certified copy of the certificate of incorporation or constituent document of the applicant; and (c) submission of a letter of good standing or such other document of this nature from the relevant authority of the applicant’s home country where applicable.

Malay text (authoritative)

Pelesenan syarikat amanah diurus Labuan

(1) Orang yang berikut boleh dilesenkan sebagai syarikat amanah diurus Labuan melainkan jika orang itu merupakan— (a) syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing; atau (b) syarikat asing yang dilesenkan, didaftarkan atau diluluskan untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah dalam bidang kuasa lain. (2) Lembaga boleh memberikan atau enggan memberikan lesen kepada orang itu sebagai syarikat amanah diurus Labuan dan mengenakan apa-apa terma dan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu. (3) Sesuatu permohonan bagi lesen di bawah Bahagian ini hendaklah disertai oleh— (a) pengemukaan perjanjian pengurusan terperinci yang dicadangkan antara pemohon dengan syarikat amanah Labuan; (b) pengemukaan salinan diperakui perakuan pemerbadanan atau dokumen konstituen pemohon; dan (c) pengemukaan surat mengenai kedudukan baik atau apa-apa dokumen lain daripada jenis yang sama daripada pihak berkuasa yang berkenaan di negara asal pemohon, jika berkenaan.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next