Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 74
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 74
s 74 Registration as Labuan private trust company
(1) No person may be registered as a Labuan private trust company unless it is—
(a) a Labuan company; or
(b) a foreign Labuan company.
(2) An applicant may apply to the Authority, in the specified form for registration as a Labuan private trust company in Labuan by meeting the following criteria :
(a) it satisfies the Authority that it shall provide the services of a trust company only for a private trust or private trusts created or to be created by or at the direction of a settlor or an individual or individuals who are connected persons to the settlor described in the trust instrument;
(b) submission of a certified copy of the executed trust instrument and any subsequently executed trust instrument;
(c) submission of a letter of undertaking that it shall not carry out any trust company business other than with respect to the private trust or private trusts; and
(d) it shall appoint a Labuan trust company as its agent.
(3) The Authority may refuse to register an applicant as a Labuan private trust company if it has reason to believe that the applicant is likely to carry on business in a manner detrimental to public interest or the interests of the beneficiaries of any private trust with respect to which it provides services.
(4) The Authority may, as it deems necessary, impose, vary or revoke any terms or conditions on any registration under this Division by specifying it in writing.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran sebagai syarikat amanah persendirian Labuan
(1) Tiada orang boleh didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah persendirian melainkan jika orang itu merupakan—
(a) suatu syarikat Labuan; atau
(b) suatu syarikat Labuan asing.
(2) Seseorang pemohon boleh memohon kepada Lembaga, dalam borang yang ditentukan bagi pendaftaran sebagai suatu syarikat amanah persendirian Labuan di Labuan dengan memenuhi kriteria yang berikut:
(a) pemohon memuaskan hati Lembaga bahawa pemohon akan mengadakan perkhidmatan syarikat amanah hanya bagi suatu amanah persendirian atau amanah-amanah persendirian yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan oleh atau atas arahan pembuat amanah atau seorang individu atau individu-individu yang ialah orang berkaitan dengan pembuat amanah yang diperihalkan dalam surat cara amanah;
(b) pengemukaan salinan diperakui surat cara amanah yang disempurnakan dan apa-apa surat cara amanah yang disempurnakan selepas itu;
(c) pengemukaan surat aku janji bahawa ia tidak akan menjalankan apa-apa perniagaan syarikat amanah selain yang berkenaan dengan amanah persendirian atau amanahamanah persendirian; dan
(d) ia hendaklah melantik suatu syarikat amanah Labuan sebagai ejennya.
(3) Lembaga boleh enggan mendaftarkan pemohon sebagai suatu syarikat amanah persendirian Labuan jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon itu berkemungkinan menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan benefisiari mana-mana amanah persendirian yang berkenaan dengannya pemohon memberikan perkhidmatan.
(4) Lembaga boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengenakan, mengubah atau membatalkan apa-apa terma atau syarat pada mana-mana pendaftaran di bawah Penggal ini dengan menyatakannya secara bertulis.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).