Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 77
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 77
s 77 Powers of the Authority
(1) Notwithstanding anything to the contrary in any trust instrument, where the Authority is satisfied that in the interest of a private trust it is necessary for all or any of the trusts for which the Labuan private trust company is acting as trustee to be transferred to a new trustee for administration by such trustee, the Authority may petition the court for that purpose.
(2) Whenever the Authority takes action pursuant to subsection (1), the court may, after hearing representations from the Authority or any other person appearing to the court to be affected, order the transfer of any such trust to a new trustee, and may make such supplemental or incidental orders or give such directions as the court thinks fit.
(3) Without prejudice to any provision under any written law, the Authority shall have the locus standi or legal right to appear, institute and conduct proceedings pursuant to subsection (1).
(4) The Authority may claim the legal costs incurred in the exercise of its powers under subsection (1) from the relevant person or Labuan private trust company, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Kuasa Lembaga
(1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam apaapa surat cara amanah, jika Lembaga berpuas hati bahawa demi kepentingan suatu amanah persendirian adalah perlu bagi semua atau mana-mana amanah yang baginya syarikat amanah persendirian Labuan itu bertindak sebagai pemegang amanah dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru untuk ditadbirkan oleh pemegang amanah itu, Lembaga boleh mempetisyen mahkamah bagi maksud itu.
(2) Bila mana Lembaga mengambil tindakan menurut subseksyen (1), mahkamah boleh, selepas mendengar representasi daripada Lembaga atau mana-mana orang lain yang ternyata kepada mahkamah sebagai terjejas, memerintahkan pemindahan mana-mana amanah sedemikian kepada pemegang amanah yang baru, dan membuat apa-apa perintah tambahan atau sampingan atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh mahkamah.
(3) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga hendaklah mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk membuat kehadiran, memulakan dan menjalankan prosiding menurut subseksyen (1).
(4) Lembaga boleh menuntut kos guaman yang dilakukan dalam penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) daripada orang yang berkenaan atau syarikat amanah persendirian Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).