My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 Third Schedule

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 Third Schedule

Third Schedule THIRD SCHEDULESupplementary

[sections 99 and 111] Financial information and statistics and information to be submitted to the Authority Part A: Bank licensee Financial statements Within six months after the close of each financial year of a bank licensee, or such further period as the Authority may approve, a bank licensee shall submit to the Authority, in respect of its entire business operations, two copies each of its latest audited annual balance sheet, profit and loss account, a statement setting out the sources, allocation and utilization of its funds and the report of the auditor. Statistics and information (1) Every bank licensee, at such frequency as may be specified by the Authority from time to time, submit to the Authority a statement showing the assets and liabilities of the bank licensee in relation to its Labuan banking business or Labuan investment banking business, as the case may be. (2) A statement to be submitted under paragraph (1) shall include— (a) a statement specifying the total amount of credit facilities granted by the bank licensee to such customers of the bank licensee as may be specified by the Authority; (b) a statement specifying the class, category or description of credit facilities given and the business or industry in which the customers of the bank licensee are involved; (c) a statement showing that the bank licensee has complied with the requirements imposed upon it by section 100; and (d) such other statements, information, documents, statistics or returns as the Authority may specify. (3) Notwithstanding paragraph (2), the Authority may publish any consolidated statement, in respect of any category, class or description of bank licensees as the Authority deems appropriate, aggregating the figures in the returns submitted under paragraph (1): Provided that nothing in this paragraph shall authorise the Authority to designate any particular bank licensee to constitute a category, class or description of bank licensees for the purposes of this paragraph. (4) Where any person is required by or under this Part to submit, produce or provide to the Authority any information, statistics, return or document, the Authority may specify that the same shall be submitted, produced or provided in such form and manner and within such period or at such intervals or times, not inconsistent with any provision of this Part or any regulations made under this Act, as the Authority may set out in the specification; and such person shall not submit, produce or provide as true or accurate any information, statistic, return or document which he knows, or has reason to believe, to be false, inaccurate or misleading. Part B: Insurance licensee Financial statements (1) Every Labuan insurer shall, within six months after the close of each financial year or such further period as the Authority may approve, submit to the Authority, in respect of its entire Labuan insurance operations, four copies each of its audited annual balance sheet, profit and loss account, revenue account and, in respect of its life insurance business, a report setting out the actuarial valuation of its assets and liabilities as approved in accordance with its constituent documents. (2) Every Labuan insurer shall submit to the Authority four copies each of the documents mentioned in paragraph (1) as approved in accordance with its constituent documents as soon as practicable after such approval. (3) Every Labuan insurer which is a foreign Labuan company shall, in addition to the financial statements which are required to be submitted to the Authority under paragraph (1), also submit each year a certified copy of its latest audited annual balance sheet in respect of its entire operations both in and outside Labuan within three months of its being filed with the regulatory authorities in its country of establishment or origin. (4) Every licensed Labuan insurance manager, licensed Labuan underwriting manager and licensed Labuan insurance broker shall, within six months after the close of each financial year or such further period as the Authority may approve, submit to the Authority four copies each of its audited annual balance sheet and profit and loss account. (5) Notwithstanding any provision in this Act, the Authority may require an insurance licensee to submit to the Authority any document relating to its operation in such manner as may be specified in writing by the Authority. Part C: Additional conditions Notwithstanding the above, the Authority may impose new or additional requirements for matters set out in this Schedule. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

JADUAL KETIGA

[seksyen 99 dan 111] Maklumat kewangan dan statistik dan maklumat untuk dikemukakan kepada Lembaga Bahagian A: Pemegang lesen bank Penyata kewangan Dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan sesuatu pemegang lesen bank, atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Lembaga, pemegang lesen bank hendaklah mengemukakan kepada Lembaga, berkenaan dengan keseluruhan operasi perniagaannya, dua salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya yang terkini, akaun untung rugi, suatu pernyataan yang menyatakan sumber, peruntukan dan penggunaan wangnya dan laporan juruaudit. Statistik dan maklumat (1) Tiap-tiap pemegang lesen bank, pada apa-apa kekerapan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, mengemukakan kepada Lembaga suatu pernyataan yang menunjukkan aset dan liabiliti pemegang lesen bank itu berhubung dengan perniagaan perbankan Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Labuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Sesuatu pernyataan yang dikemukakan di bawah perenggan (1) hendaklah termasuk— (a) suatu penyata yang menyatakan keseluruhan amaun kemudahan kredit yang diberikan oleh pemegang lesen bank kepada mana-mana pelanggan pemegang lesen bank itu yang ditentukan oleh Lembaga; (b) suatu pernyataan yang menyatakan kelas, kategori atau perihalan kemudahan kredit yang diberikan dan perniagaan atau industri yang dalamnya pelanggan pemegang lesen bank itu terlibat; (c) suatu pernyataan yang menunjukkan pemegang lesen bank telah mematuhi kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh seksyen 100; dan (d) apa-apa pernyataan, maklumat, dokumen, statistik atau penyata lain yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Walau apa pun perenggan (2), Lembaga boleh menyiarkan apa-apa pernyataan yang disatukan, berkenaan dengan apa-apa kategori, kelas atau perihalan pemegang lesen bank yang difikirkan wajar oleh Lembaga, dengan mengagregatkan angka dalam penyata yang dikemukakan di bawah perenggan (1): Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh memberi kuasa kepada Lembaga untuk menetapkan mana-mana pemegang lesen bank tertentu untuk menjadi suatu kategori, kelas atau perihalan pemegang lesen bank bagi maksud perenggan ini. (4) Jika mana-mana orang dikehendaki oleh atau di bawah Bahagian ini untuk mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan kepada Lembaga apa- apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen, Lembaga boleh menentukan supaya maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu dikemukakan, dikeluarkan atau diberikan mengikut apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh atau pada apa-apa lat tempoh atau masa, yang selaras dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam penentuan itu; dan orang itu tidak boleh mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang diketahuinya, atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak tepat dan mengelirukan sebagai maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang benar atau tepat. Bahagian B: Pemegang lesen insurans Penyata kewangan (1) Tiap-tiap penanggung insurans Labuan hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Lembaga, mengemukakan kepada Lembaga, berkenaan dengan keseluruhan operasi insurans Labuannya, empat salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung ruginya, akaun hasilnya dan, berkenaan dengan perniagaan insurans nyawanya, suatu laporan yang menyatakan penilaian aktuari mengenai aset dan liabilitinya sebagaimana yang diluluskan mengikut dokumen konstituennya. (2) Tiap-tiap penanggung insurans Labuan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga empat salinan setiap dokumen yang disebut dalam perenggan (1) sebagaimana yang diluluskan mengikut dokumen konstituennya dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas kelulusan itu. (3) Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebagai tambahan kepada penyata kewangan yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada Lembaga di bawah perenggan (1), juga mengemukakan pada setiap tahun suatu salinan diperakui kunci kira-kira tahunan terauditnya yang terkini berkenaan dengan keseluruhan operasinya di dalam dan di luar Labuan dalam tempoh tiga bulan selepas kunci kira-kira itu difailkan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan di negara penubuhan atau asalnya. (4) Tiap-tiap pengurus insurans Labuan berlesen, pengurus pengunderaitan Labuan berlesen dan broker insurans Labuan berlesen hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Lembaga, mengemukakan kepada Lembaga empat salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya dan akaun untung ruginya. (5) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen insurans untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen yang berhubungan dengan operasinya mengikut apa-apa cara yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga. Bahagian C: Syarat tambahan Walau apa pun di atas, Lembaga boleh mengenakan kehendak baru atau tambahan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual ini.

Read this section in the full act →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next