My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 104

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 104

s 104 Winding-up of Labuan takaful operator

(1) The Authority shall be a party to any petition for the winding-up of any Labuan takaful operator. (2) The Authority may present a petition for the winding-up of a Labuan takaful operator or its Labuan takaful business on the grounds of its inability to meet any liabilities or when it suspends payment to its creditors. (3) For the purposes of subsections (1) and (2), the court shall have regard to the interests of the policy owners, other customers and creditors of the Labuan takaful operator. (4) In any winding-up of a Labuan takaful operator, or when a Labuan takaful operator becomes insolvent, there shall be paid from the assets in the takaful fund or other funds of the Labuan takaful operator in priority to all other unsecured liabilities, the following liabilities in the following sequence: (a) the costs and expenses of the winding-up, including the costs of the liquidator or the receiver; (b) all wages or salary, whether or not earned wholly or in part by way of commission, including any amount payable by way of allowance or reimbursement under any contract of employment or award or agreement regulating conditions of employment, of any employee not exceeding one thousand five hundred ringgit or its equivalent in foreign currency or such other amount or denomination as may be specified from time to time in respect of services rendered by him to the Labuan takaful operator within a period of four months before the commencement of the winding-up; (c) all amounts due in respect of workers’ compensation, under any written law relating to workers’ compensation, which accrued before the commencement of the winding-up; (d) all remuneration payable to any employee in respect of vacation leave, or in the case of his death to any other person in his right, which accrued in respect of any period before the commencement of the winding-up; (e) all amounts due in respect of contributions payable during the twelve months next before the commencement of the winding-up by the Labuan takaful operator as the employer of any person under any written law relating to employees’ superannuation or provident funds or under any scheme of superannuation or retirement benefit which is an approved scheme under any federal law relating to income tax; (f) the amount of all federal tax assessed under any written law before the date of the commencement of the winding-up or assessed at any time before the time fixed for the proving of liability has expired; (g) all the liabilities and expenses attributable to its Labuan takaful business of the class for which the particular takaful fund is created; and (h) the amounts required to make good any deficit in the other takaful funds after the liabilities and expenses attributable to the Labuan takaful business of the class to which the particular takaful fund referred to in paragraph (g) is applicable have been fully met. (5) The liabilities in each class specified in subsection (4) shall rank in the order specified but liabilities of the same class shall rank equally between themselves, and shall be paid in full, unless the assets in the takaful fund of the Labuan takaful operator are insufficient to meet them, in which case they shall abate in equal proportions between themselves. (6) For the avoidance of doubt, the provisions relating to the winding-up as applied to a Labuan takaful operator shall not apply to any takaful fund which are segregated pursuant to section 85 and which shall not form part of the assets of the Labuan takaful operator. (7) The provisions of this section shall have effect notwithstanding anything inconsistent therewith or contrary thereto in any other written law.

Malay text (authoritative)

Penggulungan pengendali takaful Labuan

(1) Lembaga hendaklah menjadi suatu pihak kepada apaapa petisyen bagi penggulungan mana-mana pengendali takaful Labuan. (2) Lembaga boleh mengemukakan suatu petisyen untuk penggulungan suatu pengendali takaful Labuan atau perniagaan takaful Labuannya atas alasan ketidakupayaannya menjelaskan apa-apa liabilitinya atau apabila ia menggantung pembayaran kepada pemiutangnya. (3) Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan pemunya polisi, pelanggan lain dan pemiutang pengendali takaful Labuan. (4) Dalam apa-apa penggulungan pengendali takaful Labuan, atau apabila pengendali takaful Labuan menjadi tidak solven, hendaklah dibayar daripada aset dalam kumpulan wang takaful atau kumpulan wang lain pengendali takaful Labuan itu mengikut keutamaan sebelum segala liabiliti tidak bercagar lain, liabiliti yang berikut mengikut turutan yang berikut: (a) kos dan perbelanjaan penggulungan itu, termasuklah kos pelikuidasi atau penerima; (b) segala upah atau gaji, sama ada atau tidak diperoleh keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai komisen, termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau bayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang mengawal selia syarat-syarat pekerjaan, bagi mana-mana pekerja yang tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing atau apaapa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya kepada pengendali takaful Labuan itu dalam tempoh empat bulan sebelum bermulanya penggulungan itu; (c) segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja, yang terakru sebelum bermulanya penggulungan itu; (d) segala saraan yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja berkenaan dengan cuti rehat, atau dalam hal kematiannya kepada mana-mana orang lain yang berhak bagi pihaknya, yang terakru berkenaan dengan apa-apa tempoh sebelum bermulanya penggulungan itu; (e) segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar dalam masa dua belas bulan sebaik sebelum bermulanya penggulungan oleh pengendali takaful Labuan sebagai majikan mana-mana orang di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang persaraan atau simpanan pekerja atau di bawah apa-apa skim persaraan atau faedah persaraan yang merupakan suatu skim diluluskan di bawah manamana undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan; (f) amaun semua cukai persekutuan yang ditaksirkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum tarikh bermulanya penggulungan itu atau yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan bagi membuktikan liabiliti; (g) segala liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan takaful Labuannya daripada kelas yang baginya kumpulan wang takaful tertentu itu diwujudkan; dan (h) amaun yang dikehendaki untuk membayar apa-apa defisit dalam kumpulan wang takaful lain selepas liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan takaful Labuan daripada kelas yang baginya kumpulan wang takaful tertentu yang disebut dalam perenggan (g) adalah terpakai telah dijelaskan dengan sepenuhnya. (5) Liabiliti dalam setiap kelas yang ditentukan dalam subseksyen (4) hendaklah berperingkat mengikut susunan yang ditentukan tetapi liabiliti daripada kelas yang sama hendaklah mempunyai peringkat yang sama antara liabiliti itu sendiri, dan hendaklah dibayar dengan penuh, melainkan jika aset dalam kumpulan wang takaful pengendali takaful Labuan itu tidak mencukupi untuk menjelaskannya, yang dalam hal itu liabiliti itu hendaklah dikurangkan mengikut kadar yang sama antara mereka. (6) Bagi mengelakkan keraguan, peruntukan yang berhubungan dengan penggulungan sebagaimana terpakai bagi pengendali takaful Labuan tidak terpakai bagi apa-apa kumpulan wang takaful yang diasingkan menurut seksyen 85 dan yang tidak boleh menjadi sebahagian daripada aset pengendali takaful Labuan. (7) Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya atau yang berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next