Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 11
Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 11
s 11 Reference by court or arbitrator in making decision
(1) Where in any proceedings relating to any business regulated or supervised by the Authority before any court or arbitrator in
Malaysia, any question arises concerning a Shariah matter, the court or the arbitrator, as the case may be, may—
(a) take into consideration any guideline, direction, advisory, notice or circular issued by the Authority pursuant to its powers under the Labuan Financial Services Authority Act 1996; or
(b) refer such question to the Shariah Supervisory Council for its ruling.
(2) Any ruling made by the Shariah Supervisory Council pursuant to a reference made under paragraph (1)(b) shall, for the purposes of proceedings in respect of which the reference was made, be taken into consideration by the court or arbitrator in arriving at a decision.
Malay text (authoritative)
Rujukan oleh mahkamah atau penimbang tara dalam membuat keputusan
(1) Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan apa-apa perniagaan yang dikawal selia atau diselia oleh Lembaga di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara
di Malaysia, apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Shariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—
(a) mengambil kira mana-mana garis panduan, arahan, nasihat, notis atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga menurut kuasanya di bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996; atau
(b) merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penyeliaan Shariah untuk keputusannya.
(2) Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penyeliaan Shariah menurut rujukan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) hendaklah, bagi maksud prosiding yang berkenaan dengannya rujukan itu dibuat, diambil kira oleh mahkamah atau penimbang tara itu dalam mencapai suatu keputusan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).