Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 113
Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 113
s 113 Declaration or recognition of an Islamic self-regulatory organization
(1) The Authority may, subject to such terms and conditions as it thinks fit, by publication in the Gazette, declare or recognize that a corporation or organization shall be an Islamic self-regulatory organization, in relation to a specified sector or industry, or any part thereof, where the Authority is satisfied that the corporation or organization—
(a) has a constitution and internal rules and policies which are consistent with this Act and any enactment applicable to such sector or industry, or part thereof;
(b) has the capacity and the financial and administrative resources necessary or desirable to carry out its functions and the regulatory or supervisory functions it shall perform as an Islamic self-regulatory organization, including dealing with breaches of the law or of the applicable standards and guidelines;
(c) shall not discriminate unreasonably against a person in offering access to its services or in carrying out its functions as an Islamic self-regulatory organization;
(d) is managed or controlled by officers or persons in control who are fit and proper persons under this Act; and
(e) satisfies such criteria as may be specified in the rules stipulated by the Authority.
(2) The Authority may, by written arrangement, delegate a power or function of the Authority to an Islamic self-regulatory organization.
(3) The arrangement referred to in subsection (2), shall provide for—
(a) any power or function delegated to the Islamic selfregulatory organization by the Authority under subsection
(2);
(b) the terms and conditions upon which the power or function has been delegated and may be exercised by the Islamic self-regulatory organization;
(c) the persons authorized to exercise the delegation on behalf of the Islamic self-regulatory organization; and
(d) the submission to the Authority of periodical reports in respect of the exercise of a delegated power or function by the Islamic self-regulatory organization.
Malay text (authoritative)
Perisytiharan atau pengiktirafan organisasi kawal selia sendiri Islam
(1) Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan atau mengiktirafkan bahawa sesuatu perbadanan
atau organisasi hendaklah menjadi suatu organisasi kawal selia sendiri Islam berhubung dengan suatu sektor atau industri tertentu, atau mana-mana bahagiannya, jika Lembaga berpuas hati bahawa perbadanan atau organisasi itu—
(a) mempunyai suatu perlembagaan dan kaedah-kaedah dan polisi dalaman yang selaras dengan Akta ini dan apaapa enakmen yang terpakai bagi sektor atau industri itu, atau sebahagian daripadanya;
(b) mempunyai kapasiti dan sumber kewangan dan pentadbiran yang perlu atau wajar untuk menjalankan fungsinya dan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan yang hendaklah dilaksanakan olehnya, sebagai organisasi kawal selia sendiri Islam termasuk berurusan dengan pelanggaran undang-undang atau standard dan garis panduan yang terpakai;
(c) tidak membeza-bezakan secara tidak munasabah terhadap seseorang dalam menawarkan akses kepada perkhidmatannya atau dalam menjalankan fungsinya sebagai organisasi kawal selia sendiri Islam;
(d) diuruskan atau dikawal oleh pegawai atau orang yang mengawal yang merupakan orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini; dan
(e) memenuhi apa-apa kriteria sebagaimana yang ditentukan dalam kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2) Lembaga boleh, melalui perkiraan bertulis, mewakilkan kuasa atau fungsi Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam.
(3) Sesuatu perkiraan yang disebut dalam subseksyen (2), hendaklah mengadakan peruntukan bagi—
(a) mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada organisasi kawal selia sendiri Islam di bawah subseksyen
(2);
(b) terma dan syarat yang atasnya kuasa atau fungsi itu telah diwakilkan dan boleh dijalankan oleh organisasi kawal selia sendiri Islam;
(c) orang yang diberi kuasa untuk menjalankan perwakilan itu bagi pihak organisasi kawal selia sendiri Islam; dan
(d) pengemukaan laporan berkala kepada Lembaga berkenaan dengan penjalanan kuasa atau fungsi yang diwakilkan oleh organisasi kawal selia sendiri Islam.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).