My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 126

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 126

s 126 Surrender of licence

(1) Subject to this section, an Islamic bank licensee or takaful licensee may surrender its licence. (2) Any Islamic bank licensee or takaful licensee intending to surrender its licence shall seek the prior approval of the Authority. (3) The Authority shall give its approval if it is satisfied that the Islamic bank licensee or takaful licensee has made adequate provision in respect of all its liabilities, and thereupon shall appoint a date on which the surrender shall take effect. (4) Where the approval of the Authority has been obtained under subsection (3), the Islamic bank licensee or takaful licensee shall, not later than twenty-one days before the date appointed under subsection (3), publish an advertisement of the proposed surrender of its licence in at least one widely circulated Malaysian newspaper and one international financial newspaper. (5) The Authority shall, as soon as practicable, publish in the one widely circulated Malaysian newspaper and one international financial newspaper a notice of every surrender of a licence under this section but any delay in publishing such notice or failure to publish such notice shall not in any manner affect the validity of such surrender. (6) Any Islamic bank licensee or takaful licensee granted a licence under this Act shall surrender its licence by giving fourteen days notice to the Authority prior to such surrender.

Malay text (authoritative)

Penyerahan balik lesen

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, seseorang pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful boleh menyerahkan balik lesennya. (2) Mana-mana pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful yang berniat untuk menyerahkan balik lesennya hendaklah mendapatkan kelulusan Lembaga terlebih dahulu. (3) Lembaga hendaklah memberikan kelulusannya jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful itu telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya, dan selepas itu hendaklah menetapkan suatu tarikh yang penyerahan balik itu akan berkuat kuasa. (4) Jika kelulusan Lembaga telah diperoleh di bawah subseksyen (3), pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), menyiarkan suatu iklan tentang penyerahan balik lesennya yang dicadangkan itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa. (5) Lembaga boleh, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis bagi tiap-tiap penyerahan balik lesen di bawah seksyen ini tetapi apaapa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menyentuh kesahan penyerahan balik itu. (6) Mana-mana pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful yang diberikan lesen di bawah Akta ini hendaklah menyerahkan balik lesennya dengan memberikan notis empat belas hari kepada Lembaga sebelum penyerahan balik itu.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next