My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 13

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 13

s 13 Offers or invitations which require the approval of the Authority

(1) Subject to subsections (2) to (7), a person, its officers, directors, agent or any other person on its behalf, shall not make an offer for subscription or purchase, or issue an invitation to subscribe for or purchase securities in or from within Labuan without— (a) the prior written approval of the Authority; and (b) in relation to Sukuk, the endorsement from a Shariah adviser under subsection (9). (2) No offer or invitation to subscribe for Sukuk of a Labuan company or a foreign Labuan company, shall be made to residents of Malaysia, except by an Islamic bank licensee or a bank licensee unless otherwise allowed in writing by the Authority. (3) An applicant shall submit to the Authority such documents and such other information in relation to the offer or invitation in such form and manner and at such times as the Authority may require. (4) Where an application has been submitted to the Authority under this section, the Authority may— (a) approve an offer or invitation with or without revisions and subject to such terms and conditions as it thinks fit; or (b) reject an offer or invitation. (5) The following offers or invitations of securities are excluded from the requirement for prior written approval of the Authority under subsection (1): (a) offers or invitations of securities, where— (i) the offer or invitation is addressed to an identifiable category of persons to whom it is directly communicated by the person making the offer or invitation or by his appointed agent; or (ii) the members of that category in which the offer or invitation is made thereto are the only persons who may accept the offer or invitation and they are in possession of sufficient information to be able to make a reasonable evaluation of the offer or invitation, and the number of persons to whom the offer or invitation is communicated does not exceed fifty; (b) offers or invitations of Sukuk, where— (i) the first time investment of each of the initial Sukuk holders is not less than two hundred and fifty thousand ringgit or the equivalent in any other currency and they are in possession of sufficient information to make a reasonable evaluation of the offer or invitation; or (ii) the first time investment of each of the initial Sukuk holders is less than two hundred and fifty thousand ringgit or the equivalent in any other currency and the number of persons to whom the after or invitation is communicated does not exceed fifty and they are in possession of sufficient information to be able to make a reasonable evaluation of the offer or invitation; (c) offers or invitations of securities in an Islamic mutual fund which satisfies the Islamic mutual fund requirements under Part IV; (d) offers or invitations of securities pursuant to a take-over offer which complies with the relevant law applicable to such offers; and (e) offers or invitations of securities or such classes or categories of securities as may be specified by the Authority. (6) In addition to the exclusion from the requirement for approval of the Authority under subsection (5), offers or invitations of Sukuk under paragraph (5)(b) are excluded from the requirement for endorsement of the Shariah adviser under subsection (9). (7) Sections 27, 28, 29, 30 and 31 shall not apply to an offer or invitation of securities under subsection (5). (8) Any specification or specifications made under paragraph 5(e) shall be subject to any condition, restriction or limitation as the Authority may impose. (9) The endorsement of the Shariah adviser referred to in paragraph (1)(b) shall include a confirmation from the Shariah adviser that the documentation, structuring, investment as well as other administrative and operational matters in relation to such Sukuk is in compliance with Shariah principles. (10) Any person who contravenes subsection (1) or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Tawaran atau pelawaan yang menghendaki kelulusan Lembaga

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) hingga (7), seseorang, pegawainya, pengarahnya, ejennya atau mana-mana orang lain bagi pihaknya, tidak boleh membuat suatu tawaran bagi memohon beli atau membeli, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk memohon beli atau membeli sekuriti di atau dari dalam Labuan tanpa— (a) kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu; dan (b) berhubung dengan Sukuk, pengendorsan daripada seorang penasihat Shariah di bawah subseksyen (9). (2) Tiada tawaran atau pelawaan untuk memohon beli Sukuk suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, boleh dibuat kepada pemastautin Malaysia, kecuali oleh seseorang pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen bank melainkan jika dibenarkan sebaliknya secara bertulis oleh Lembaga. (3) Seseorang pemohon hendaklah mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen dan apa-apa maklumat lain berhubung dengan tawaran atau pelawaan itu mengikut apa-apa bentuk dan cara dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Lembaga. (4) Jika suatu permohonan telah dikemukakan kepada Lembaga di bawah seksyen ini, Lembaga boleh— (a) meluluskan sesuatu tawaran atau pelawaan dengan atau tanpa pengubahan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut; atau (b) menolak sesuatu tawaran atau pelawaan. (5) Tawaran atau pelawaan Sukuk yang berikut dikecualikan daripada kehendak untuk mendapatkan kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu di bawah subseksyen (1): (a) tawaran atau pelawaan sekuriti, jika— (i) tawaran atau pelawaan itu ditujukan kepada suatu kategori orang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat tawaran atau pelawaan itu atau oleh ejen yang dilantiknya; atau (ii) hanya anggota dalam kategori itu yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu dibuat merupakan orang yang boleh menerima tawaran atau pelawaan itu dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan, dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh; (b) tawaran atau pelawaan Sukuk, jika— (i) pelaburan kali pertama setiap pemegang Sukuk permulaan adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah mengenai tawaran atau pelawaan itu; atau (ii) pelaburan kali pertama setiap pemegang Sukuk permulaan adalah kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu; (c) tawaran atau pelawaan sekuriti dalam suatu dana bersama Islam yang memenuhi kehendak dana bersama Islam di bawah Bahagian IV; (d) tawaran atau pelawaan sekuriti yang menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu; dan (e) tawaran atau pelawaan sekuriti atau apa-apa kelas atau kategori sekuriti yang ditentukan oleh Lembaga. (6) Sebagai tambahan kepada pengecualian daripada kehendak bagi kelulusan Lembaga di bawah subseksyen (5), tawaran atau pelawaan Sukuk di bawah pèrenggan 5(b) dikecualikan daripada kehendak bagi pengendorsan penasihat Shariah di bawah subseksyen (9). (7) Seksyen 27, 28, 29, 30 dan 31 tidak terpakai bagi tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen (5). (8) Apa-apa ketentuan atau ketentuan-ketentuan yang dibuat di bawah perenggan 5(e) hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat, sekatan atau had sebagaimana yang dikenakan oleh Lembaga. (9) Pengendorsan penasihat Shariah yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah termasuk pengesahan daripada penasihat Shariah bahawa dokumentasi, penstrukturan, pelaburan serta perkara pentadbiran dan operasi lain berhubung dengan Sukuk itu adalah mematuhi prinsip-prinsip Shariah. (10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next