Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 134
s 134 Internal audit
(1) Every Islamic bank licensee and takaful licensee shall conduct an internal audit of its books and operations as the Authority may specify from time to time and shall submit to the Authority a report of such internal audit which shall include a report on the said licensee’s accounting system and controls.
(2) An internal auditor appointed by an Islamic bank licensee or a takaful licensee to carry out an internal audit of its books and operations under subsection (1) shall, for the purposes of this Part be deemed to be an officer of an Islamic bank licensee or the takaful licensee respectively and shall, at all times, be subjected to the requirements of section 139.
(3) An internal audit may be carried on by any persons except an external auditor of the Islamic bank licensee or takaful licensee, as the case may be, under section 135.
(4) An internal auditor shall immediately report to the Authority if, in the course of his duties as an internal auditor of an Islamic bank licensee or takaful licensee, he is satisfied that—
(a) there has been a contravention of the provisions of this Act or that an offence under any written laws has been committed by the Islamic bank licensee or takaful licensee or any of its officers or employees; or
(b) any irregularity which jeopardizes the interests of the creditors of the Islamic bank licensee or the takaful licensee, or, in the case of the takaful licensee, the interests of the policy owners, or any other serious irregularity, has occurred.
(5) Any persons who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
Malay text (authoritative)
Audit dalaman
(1) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam dan pemegang lesen takaful hendaklah menjalankan suatu audit dalaman bagi bukunya dan operasinya sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan audit dalaman yang hendaklah termasuk suatu laporan tentang sistem perakaunan dan kawalan pemegang lesen tersebut.
(2) Seseorang juruaudit dalaman yang dilantik oleh pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful untuk menjalankan suatu audit dalaman bagi bukunya dan operasinya di bawah subseksyen (1) hendaklah, bagi maksud Bahagian ini disifatkan masing-masing sebagai seorang pegawai pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful dan hendaklah, pada setiap masa, tertakluk kepada kehendak seksyen 139.
(3) Sesuatu audit dalaman boleh dijalankan oleh mana-mana orang kecuali juruaudit luar bagi pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 135.
(4) Seseorang juruaudit dalaman hendaklah dengan serta merta melaporkan kepada Lembaga jika, semasa perjalanan tugasnya sebagai seorang juruaudit dalaman bagi pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful, dia berpuas hati bahawa—
(a) telah berlaku pelanggaran peruntukan Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful atau mana-mana pegawai atau pekerjanya; atau
(b) apa-apa ketidakteraturan yang memudaratkan kepentingan pemiutang pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful, atau, dalam hal pemegang lesen takaful, kepentingan pemunya polisi, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).