My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 147

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 147

s 147 Protection against suit and legal proceedings

(1) No action, suit, prosecution or other proceedings shall lie or be brought, instituted or maintained in any Court or any tribunal against any of the following persons: (a) the Minister; (b) the Authority, any authorized officer, agent or servant of the Authority; (c) any member, officer or committee of the Authority; (d) the Shariah Supervisory Council; and (e) any other person lawfully acting on behalf of, or in compliance with instructions of, the Authority, for or on account of, or in respect of, any act done or statement made or omitted to be done or made, or purporting to be done or made or omitted to be done or made in pursuance or in execution of, or intended in pursuance or execution of this Act, or any guidelines, directions, advisories or other thing whatsoever issued under this Act: Provided that such act or such statement was done or made, or was omitted to be done or made, in good faith. (2) Subsection (1) shall be in addition to, and not in derogation of, the Public Authorities Protection Act 1948 [Act 198], and for the purposes of that Act, every person mentioned in subsection (1) shall be deemed to be a public officer or a person engaged or employed in the performance of a public duty. (3) The Public Authorities Protection Act 1948 shall apply to any action, suit, prosecution or proceedings against the Authority or against any member of the Authority, any member of a committee, or any officer, servant or agent of the Authority in respect of any act, neglect, default done or omitted by it or him in such capacity.

Malay text (authoritative)

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang- undang

(1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana Mahkamah atau mana-mana tribunal terhadap manamana orang yang berikut: (a) Menteri; (b) Lembaga, mana-mana pegawai yang diberi kuasanya, ejen atau pekhidmat Lembaga; (c) mana-mana anggota, pegawai atau jawatankuasa Lembaga; (d) Majlis Penyeliaan Shariah; dan (e) mana-mana orang lain yang menurut undang-undang bertindak bagi pihak, atau dengan mematuhi arahan, Lembaga, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau sebagai melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan Akta ini, atau apa-apa garis panduan, arahan, nasihat atau apa-apa jua benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati. (2) Subseksyen (1) hendaklah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], dan bagi maksud Akta itu, tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam atau seseorang yang diambil kerja atau diambil khidmat bagi melaksanakan tugas awam. (3) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa tindakan, keabaian, keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat olehnya atas sifat sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next