My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 161

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 161

s 161 Savings and transitional

(1) All regulations, orders, directions, notifications, exemptions and other subsidiary legislation, howsoever called, and all approvals, directions, decisions, notifications, exemptions and other executive acts, howsoever called, made, given or done, under or in accordance with, or by virtue of any law relating to Islamic financial services in Labuan before the commencement of this Act shall be deemed to have been made, given, or done under, or in accordance with, or by virtue of, the corresponding provisions of this Act, and shall continue to remain in full force and effect in relation to the persons to whom they applied until amended, repealed, rescinded, revoked or replaced under, in accordance with or by virtue of, the corresponding provisions of this Act. (2) Every direction, notice, guideline or circular issued by the Authority or the Minister under any law relating to Islamic financial services in Labuan before the commencement of this Act and in force immediately before the commencement of this Act, shall be deemed to have been lawfully issued under this Act in relation to the particular provision of this Act corresponding to the matter deal with in the direction, notice, guideline or circular and shall remain in full force and effect until it is amended, rescinded or repealed under this Act. (3) Any application for an approval or consent, or for any other purpose whatsoever, or any appeal relating to such application, made by any person to the Minister or to the Authority under any law relating to Islamic financial services in Labuan before the commencement of this Act, and pending immediately before the commencement of this Act, shall, if there is a corresponding provision in this Act, be dealt with as if it was made under that provision and, if there is no such corresponding provision in this Act, such application or appeal shall lapse on the commencement of this Act. (4) All transactions or dealings lawfully executed or entered into, and all business lawfully done, under or in accordance with any written law relating to Islamic financial services in Labuan before the commencement of this Act by a person who is approved or registered under any written law relating to Islamic financial services in Labuan before the commencement of this Act, with any other person, shall be deemed to have been lawfully and validly executed, entered into, or done, under and in accordance with this Act, and accordingly, any right or liability under such transactions or dealings, immediately before the commencement of this Act, shall be deemed to continue to be lawful and valid under this Act. (5) All legal proceedings, whether civil or criminal and agreements, contracts or any other legal binding arrangements made by the Authority, before the commencement of the Labuan Financial Services Authority (Amendment) Act 2008 [Act A1337], shall be deemed to have been made by the Authority. (6) For the avoidance of doubt, the change of name of the Authority shall not affect the identity of the Authority or any rights or obligations of the Authority or render defective any proceedings by or against the Authority, and any legal proceedings that might have been continued or commenced by or against the Authority by the former name may be continued or commenced by or against the Authority by its new name. (7) The existing Shariah Advisory Council of the Authority which was appointed by the Authority is deemed to have been validly appointed and shall continue to perform the functions for which it was appointed until a Shariah Supervisory Council is appointed in accordance with section 7. (8) Any guideline, direction, directive, advisory, notice or circular issued or any act or thing done by the Authority in relation to Labuan Islamic banking business, Labuan takaful business or any other business which is in compliance with Shariah principles and is supervised and regulated by the Authority is deemed to have been validly issued or done.

Malay text (authoritative)

Kecualian dan peralihan

(1) Semua peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, walau apa jua pun dipanggil, dan semua kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, walau apa jua pun dipanggil, dibuat, diberikan atau dilakukan, di bawah atau mengikut, atau menurut kuasa mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan berhubung dengan orang yang kepadanya mereka memohon sehingga dipinda, dimansuhkan, dihapuskan, dibatalkan atau digantikan di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini. (2) Tiap-tiap arahan, notis, garis panduan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga atau Menteri di bawah manamana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan berkuat kuasa dengan serta merta sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan dengan sah di bawah Akta ini berhubung dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diuruskan dalam arahan, notis, garis panduan atau pekeliling itu dan hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan sehingga ia dipinda, dihapuskan atau dimansuhkan di bawah Akta ini. (3) Mana-mana permohonan bagi sesuatu kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa maksud lain jua pun atau apa-apa rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada Lembaga di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, dan masih belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika tiada terdapat peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada permulaan kuat kuasa Akta ini. (4) Semua transaksi atau urusan yang disempurnakan atau dibuat dengan sah, dan semua urusan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh seseorang yang diluluskan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, dengan manamana orang lain, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah, di bawah dan mengikut Akta ini, dan oleh yang demikian, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi atau urusan itu, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan terus sah menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini. (5) Semua prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah dan perjanjian, kontrak atau mana-mana perkiraan yang mengikat di sisi undang-undang lain yang dibuat oleh Lembaga, sebelum permulaan kuat kuasa Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Pindaan) 2008 [Akta A1337], hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga. (6) Bagi mengelakkan keraguan, perubahan nama Lembaga tidak boleh menyentuh identiti Lembaga atau apa-apa hak atau kewajipan Lembaga atau menjadikan cacat apa-apa prosiding oleh atau terhadap Lembaga, dan mana-mana prosiding undangundang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dengan nama lamanya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dengan nama barunya. (7) Majlis Penasihat Shariah Lembaga yang sedia ada yang dilantik oleh Lembaga hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sah dan hendaklah terus melaksanakan fungsi yang baginya ia dilantik sehingga suatu Majlis Penyeliaan Shariah dilantik mengikut seksyen 7. (8) Apa-apa garis panduan, arahan, panduan, nasihat, notis atau pekeliling yang dikeluarkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan oleh Lembaga berhubung dengan perniagaan perbankan Islam Labuan, perniagaan takaful Labuan atau apaapa perniagaan lain yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah dan diselia dan dikawal selia oleh Lembaga hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau dilakukan dengan sah.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next