My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 22

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 22

s 22 Prohibition of allotment unless minimum subscription received

(1) No allotment or issue shall be made of any securities of a corporation offered pursuant to subsection 13(1) unless— (a) the minimum subscription has been subscribed; and (b) the sum payable on application for the securities so subscribed has been received by the corporation, but if a cheque for the sum payable has been received by the corporation, the sum shall be deemed not to have been received by the corporation until the cheque is paid by the bank on which it is drawn. (2) The minimum subscription shall— (a) be calculated based on the price at which the securities is or will be offered; and (b) be reckoned exclusively of any amount payable otherwise than in cash. (3) The amount payable on application on each securities offered shall not be less than five per centum of the price at which the securities is or will be offered. (4) Any condition requiring or binding any applicant for securities to waive compliance with any requirement of this section shall be void. (5) No corporation shall issue or allot, and no officer or promoter of a corporation shall authorize or permit to be issued or allotted, securities on the basis of a prospectus after the expiration of six months from the issue of the prospectus. (6) Any person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Larangan pengumpukan melainkan jika permohonan beli minimum diterima

(1) Tiada pengumpukan atau penerbitan apa-apa sekuriti sesuatu perbadanan yang ditawarkan menurut subseksyen 13(1) boleh dibuat melainkan jika— (a) permohonan beli minimum telah dimohon beli; dan (b) jumlah wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti yang dipohon beli itu telah diterima oleh perbadanan itu, tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telah diterima oleh perbadanan itu, jumlah wang itu hendaklah disifatkan tidak diterima oleh perbadanan itu sehinggalah cek itu dibayar oleh bank yang mengeluarkannya. (2) Permohonan beli minimum itu hendaklah— (a) dikira berdasarkan harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan; dan (b) dihitung tanpa mengira apa-apa amaun yang kena dibayar selain dengan wang tunai. (3) Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap sekuriti yang ditawarkan tidak boleh kurang daripada lima peratus daripada harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan. (4) Apa-apa syarat yang menghendaki atau yang mengikat mana-mana pemohon bagi sekuriti supaya menepikan pematuhan apa-apa kehendak seksyen ini adalah tidak sah. (5) Tiada perbadanan boleh menerbitkan atau mengumpukkan, dan tiada pegawai atau penaja sesuatu perbadanan boleh membenarkan atau mengizinkan supaya diterbitkan atau diumpukkan, sekuriti berdasarkan suatu prospektus selepas habis tempoh enam bulan dari pengeluaran prospektus itu. (6) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next