My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 32

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 32

s 32 Intepretation

In this Part, unless the context otherwise requires— “investor” means a person, including a custodian and an underwriter, who is the owner of securities issued by an Islamic mutual fund but does not include a person who only takes the initiative in forming or organizing the business of the Islamic mutual fund and does not have any ownership in the fund; “operator”, in respect of an Islamic mutual fund, means— (a) where the Islamic mutual fund is a corporation, a director of that corporation; (b) where the Islamic mutual fund is a limited partnership, a general partner in that limited partnership; (c) where the Islamic mutual fund is a limited liability partnership, the designated partner in that limited liability partnership; or (d) where the Islamic mutual fund is a unit trust, a trustee of that trust; “promoter” means a person acting alone or in conjunction with others directly or indirectly who takes the initiative in forming or organizing the business of an Islamic mutual fund, but does not include a custodian or an underwriter who receives underwriting commission without taking part in the founding or organizing of the Islamic mutual fund business; “registered Islamic public fund” means an Islamic public fund registered under section 38; “shares” means one or more of the shares in the share capital of an Islamic mutual fund company including, in the case of a company limited by guarantee, the interest of a member of such company and includes an interest in an Islamic mutual fund partnership and a unit in an Islamic mutual fund unit trust.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pelabur” ertinya seseorang, termasuk penjaga dan pengunderait, yang merupakan pemunya sekuriti yang diterbitkan oleh suatu dana bersama Islam tetapi tidak termasuk seseorang yang mengambil inisiatif untuk membentuk atau mengelolakan perniagaan dana bersama Islam dan tidak mempunyai apa-apa pemunyaan dalam dana itu; “pengendali”, berkenaan dengan suatu dana bersama Islam, ertinya— (a) jika dana bersama Islam itu ialah suatu perbadanan, seorang pengarah perbadanan itu; (b) jika dana bersama Islam itu ialah suatu perkongsian terhad, seorang pekongsi am dalam perkongsian terhad itu; (c) jika dana bersama Islam itu ialah suatu perkongsian liabiliti terhad, pekongsi ditetapkan dalam perkongsian liabiliti terhad itu; atau (d) jika dana bersama Islam itu ialah suatu amanah saham, seorang pemegang amanah bagi amanah itu; “penaja” ertinya seseorang yang bertindak bersendirian atau bersama-sama dengan orang lain secara langsung atau tidak langsung yang mengambil inisiatif dalam membentuk atau mengelolakan perniagaan sesuatu dana bersama Islam, tetapi tidak termasuk seorang penjaga atau pengunderait yang menerima komisen pengunderaitan tanpa mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengelolaan perniagaan dana bersama Islam itu; “dana awam Islam berdaftarkan” ertinya suatu dana awam Islam yang didaftarkan di bawah seksyen 38; “syer” ertinya satu syer atau lebih dalam modal syer sesuatu syarikat dana bersama Islam termasuk, dalam hal suatu syarikat berhad dengan jaminan, kepentingan seseorang anggota syarikat itu dan termasuklah suatu kepentingan dalam suatu perkongsian dana bersama Islam dan suatu saham dalam amanah saham dana bersama Islam.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next