My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 46

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 46

s 46 Duties of a fund manager and fund administrator of an Islamic public fund

A fund manager or fund administrator of an Islamic public fund and its officers shall, in exercising their powers and duties— (a) act honestly; (b) exercise the degree of care and diligence that would be reasonably expected of a person in that position; (c) act in the best interests of the investors in the Islamic public fund and, where there is a conflict between the interest of the investors and their own interests, give priority to the investors’ interests; (d) treat the investors who hold interests of the same class equally and participants who hold interests of different classes fairly; (e) not make use of information acquired through being a fund manager, fund administrator or its officers to— (i) gain an improper advantage for themselves or another person; or (ii) cause detriment to the investors in the Islamic public fund; (f) ensure that all payments out of the property of the Islamic public fund are made in accordance with the constituent documents of the Islamic public fund, this Act and any regulations; (g) report to the Authority, as soon as practicable after it becomes aware of any breach of— (i) this Act and any regulations; or (ii) the Islamic public fund’s constituent documents that has had, or is likely to have, a materially adverse effect on the interests of the investors; and (h) take reasonable care to make and retain adequate records of all matters, transactions and dealings, including accounting records.

Malay text (authoritative)

Kewajipan pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam Islam

Seseorang pengurus dana atau pentadbir dana awam Islam dan pegawainya hendaklah, dalam menjalankan kuasa dan kewajipan mereka— (a) bertindak dengan jujur; (b) menggunakan tahap cermat dan usaha yang semunasabahnya dijangkakan pada seseorang dalam jawatan itu; (c) bertindak demi kepentingan pelabur dalam dana awam Islam dan, jika terdapat percanggahan antara kepentingan pelabur dengan kepentingan mereka sendiri, memberi keutamaan kepada kepentingan pelabur itu; (d) melayan pelabur yang memegang kepentingan daripada kelas yang sama secara sama rata dan peserta yang memegang kepentingan daripada kelas yang berlainan dengan adil; (e) tidak menggunakan maklumat yang diperoleh melalui jawatannya sebagai pengurus dana, pentadbir dana atau pegawainya untuk— (i) mendapatkan kelebihan yang tidak wajar bagi diri mereka atau orang lain; atau (ii) menyebabkan kemudaratan kepada pelabur dalam dana awam Islam; (f) memastikan bahawa semua pembayaran daripada harta dana awam Islam itu dibuat mengikut dokumen konstituen dana awam Islam itu, Akta ini dan mana-mana peraturan; (g) melaporkan kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas dia menyedari akan apa-apa pelanggaran— (i) Akta ini dan mana-mana peraturan; atau (ii) dokumen konstituen dana awam Islam itu yang menyebabkan, atau berkemungkinan akan menyebabkan, kesan yang memudaratkan secara material kepada kepentingan pelabur; dan (h) mengambil tindakan berhati-hati yang munasabah untuk membuat dan menyimpan rekod yang mencukupi mengenai semua perkara, transaksi dan urus niaga, termasuk rekod perakaunan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next