Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 54
Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 54
s 54 Accounts and audit
(1) Every registered Islamic public fund shall—
(a) keep or cause to be kept accounts and records and shall, after the end of each financial year cause to be prepared a statement of accounts for that financial year which shall include a balance sheet and an account of income and expenditure in accordance with generally accepted accounting principles applicable in Malaysia or in any recognized country or jurisdiction;
(b) keep such accounting records and financial statements or true copies thereof at its place of business in Labuan and make them available for inspections by the Authority or any person authorised in writing by the Authority;
(c) keep at its place of business in Labuan and make available to the Authority or any person authorized in writing by the Authority such other records, statements, documents or information as the Authority may prescribe in writing;
(d) within three months of the end of each financial year present to an auditor the financial statements referred to in paragraph (a) and such other records and information as may be required for audit in accordance with generally accepted auditing principles applicable in Malaysia or any recognized country or jurisdiction; and
(e) provide to or make available for inspection by all the investors of the fund the financial statements referred to in paragraph (a) together with the report of the auditor thereon.
(2) The accounting records and financial statements required to be kept in accordance with subsection (1) may be kept in any currency and in any language, but if they are kept in a language other than the national language or English language, a translation into the national language or English language, verified in a manner satisfactory to the Authority, shall be kept by the Islamic public fund together with such accounting records and financial statements.
Malay text (authoritative)
Akaun dan audit
(1) Tiap-tiap dana awam Islam berdaftar hendaklah—
(a) menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun dan rekod dan hendaklah, selepas berakhir setiap tahun kewangan menyebabkan supaya disediakan suatu penyata akaun bagi tahun kewangan itu yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;
(b) menyimpan apa-apa rekod perakaunan dan penyata kewangan atau salinan-salinan benarnya di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk diperiksa oleh Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga;
(c) menyimpan di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga apa-apa rekod, penyata, dokumen atau maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Lembaga;
(d) dalam masa tiga bulan dari berakhirnya setiap tahun kewangan mengemukakan kepada seorang juruaudit penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (a) dan apa-apa rekod dan maklumat lain yang dikehendaki bagi pengauditan mengikut prinsip pengauditan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan
(e) mengadakan atau menjadikan tersedia untuk diperiksa oleh semua pelabur dana itu penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (a) berserta dengan laporan juruaudit tentangnya.
(2) Rekod perakaunan dan penyata kewangan yang dikehendaki disimpan mengikut subseksyen (1) boleh disimpan dalam apa-apa mata wang dan dalam apa-apa bahasa, tetapi jika rekod perakaunan dan penyata kewangan itu disimpan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara
yang memuaskan hati Lembaga, hendaklah disimpan oleh dana awam Islam itu berserta dengan rekod perakaunan dan penyata kewangan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).