s 76 Interpretation
(1) In this Part, unless the context otherwise requires—
“domestic takaful business” means takaful business where the subject matter of the policy is—
(a) property which at the time of the making of the policy is situated in Malaysia or is in transit to or from Malaysia;
(b) a ship or an aircraft registered in Malaysia and all liabilities arising from the operation of such ship or aircraft;
(c) the life of any contingency related to any person who, at the time of the making of the policy, is a resident; or
(d) a risk of any nature in respect of any person who, at the time of the making of the policy, is a resident.
“family takaful” means takaful for the benefit of the individual and his family;
“family takaful business” means takaful business relating to family takaful;
“general takaful business” means takaful business which is not a family takaful business but includes takaful business relating to mutual financial aid and assistance to participants for losses arising from perils such as accidents, fires, floods and burglaries;
“Labuan captive takaful business” means Labuan takaful business where the participant in such takaful business is a related corporation or associate corporation of the Labuan takaful operator or where the participant in such takaful business is any other person in respect of whom the Labuan takaful operator is authorized by the Authority to provide takaful or retakaful;
“Labuan retakaful business” means a business in compliance with Shariah principles whereby the Labuan retakaful operator assumes a part of the liability under an original contract of takaful of another takaful operator or retakaful operator;
“Labuan retakaful operator” means a Labuan takaful operator carrying on Labuan retakaful business;
“Labuan takaful broker” means a person who is licenced to—
(a) arrange for Labuan takaful business on behalf of prospective or existing policy owners;
(b) arrange for Labuan retakaful business on behalf of any takaful operator seeking retakaful; or
(c) analyze the financial circumstances of another person and provides a plan to meet that other person’s financial needs and objectives, whether or not a fee is charged in relation thereto.
“Labuan takaful business” means takaful business which is not domestic takaful business and which is transacted in foreign currency, and includes Labuan captive takaful business, Labuan retakaful business and such other takaful business as may be approved by the Authority;
“Labuan takaful manager” means a person who is licensed to provide for management or administration services related to Labuan takaful business but does not include a Labuan takaful underwriting manager;
“Labuan takaful operator” means a person who is licensed to carry on Labuan takaful business;
“Labuan takaful underwriting manager” means a person, not being a bona fide employee, who is licensed to provide underwriting
services, including the administration of the business, to one or more Labuan takaful operators; “Malaysian takaful operator” means a takaful operator which is licensed under the Takaful Act 1984 [Act 312]; “net contribution income” in relation to a financial year, means the contributions receivable under contracts of takaful or retakaful after deducting any contributions payable arranged in respect of such contracts of takaful or retakaful; “policy” means a takaful certificate and any reference to a policy of a Labuan takaful operator and includes a reference to any policy in respect of which the Labuan takaful operator is under any liability, whether the policy was issued by the Labuan takaful operator or the liability was transferred to the Labuan takaful operator from another takaful operator; “policy owner” means any person who effects a policy; “takaful” means a scheme in compliance with Shariah principles based on brotherhood, solidarity and mutual assistance which provides for mutual financial aid and assistance to the participants in case of need whereby the participants mutually agree to contribute for that purpose; “takaful business” means the business of takaful whose aims and operations are in compliance with Shariah principles; “takaful certificate” includes any written contract of takaful whether or not embodied in or evidenced by an instrument in the form of a takaful certificate; “takaful licence” means a licence granted under this Part; “takaful licensee” means any person licensed under this Part; “takaful operator” means a person who carries on takaful business;
“working funds” means—
(a) in relation to a Labuan company, the paid-up capital unimpaired by losses; or
(b) in relation to a foreign Labuan company or a branch of a Malaysian takaful operator, the surplus of assets over liabilities to be maintained in the books of its office in Labuan.
(2) Where fifteen per centum or more of the voting shares of a corporation are held by another corporation, the first mentioned corporation shall be deemed to be an associate corporation of the other corporation, and any reference to an “associate corporation” shall be construed as a reference to that first mentioned corporation or that other corporation, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“perniagaan takaful domestik” ertinya perniagaan takaful yang hal perkara polisi ialah—
(a) harta yang pada masa polisi itu dibuat terletak di Malaysia atau dalam transit ke atau dari Malaysia;
(b) suatu kapal atau suatu pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia dan segala liabiliti yang timbul daripada pengendalian kapal atau pesawat udara itu;
(c) kehidupan apa-apa kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana orang yang, pada masa polisi itu dibuat, ialah seorang pemastautin; atau
(d) suatu risiko daripada apa-apa jenis berkenaan dengan mana-mana orang yang, pada masa polisi itu dibuat, ialah seorang pemastautin;
“takaful keluarga” ertinya takaful bagi manfaat individu dan keluarganya;
“perniagaan takaful keluarga” ertinya perniagaan takaful yang berhubungan dengan takaful keluarga;
“perniagaan takaful am”ertinya perniagaan takaful yang bukan perniagaan takaful keluarga tetapi termasuklah perniagaan takaful yang berhubungan dengan bantuan kewangan bersama dan bantuan kepada peserta bagi kerugian yang timbul daripada kecelakaan seperti kemalangan, api, banjir dan kecurian;
“perniagaan takaful kaptif Labuan” ertinya perniagaan takaful Labuan yang peserta dalam perniagaan takaful itu merupakan syarikat berkaitan atau perbadanan sekutu bagi pengendali takaful Labuan atau yang peserta dalam perniagaan takaful itu merupakan mana-mana orang lain yang berkenaan dengannya pengendali takaful Labuan itu diberi kuasa oleh Lembaga untuk menyediakan takaful atau takaful semula;
“perniagaan takaful semula Labuan” ertinya suatu perniagaan yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah yang menurutnya pengendali takaful semula Labuan mengambil alih suatu bahagian liabiliti di bawah kontrak takaful asal bagi seorang pengendali takaful lain atau pengendali takaful semula;
“pengendali takaful semula Labuan” ertinya seorang pengendali takaful Labuan yang menjalankan perniagaan takaful semula Labuan.
“broker takaful Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk—
(a) mengaturkan perniagaan takaful Labuan bagi pihak bakal atau pemunya polisi sedia ada;
(b) mengaturkan perniagaan takaful semula Labuan bagi pihak mana-mana pengendali takaful yang mahukan takaful semula; atau
(c) menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan suatu rancangan untuk memenuhi keperluan dan objektif kewangan orang lain itu, sama ada atau tidak suatu fi dikenakan berhubung dengannya;
“perniagaan takaful Labuan” ertinya perniagaan takaful yang bukan perniagaan takaful domestik dan yang diurusniagakan dalam mata wang asing, dan termasuklah perniagaan takaful kaptif Labuan, perniagaan takaful semula Labuan dan apa-apa perniagaan takaful lain yang diluluskan oleh Lembaga;
“pengurus takaful Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pengurusan atau pentadbiran yang berkaitan dengan perniagaan takaful Labuan tetapi tidak termasuk pengurus pengunderaitan takaful Labuan;
“pengendali takaful Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan;
“pengurus pengunderaitan takaful Labuan” ertinya seseorang, yang bukan pekerja bona fide, yang dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan pengunderaitan, termasuk pentadbiran perniagaan, kepada seorang pengendali takaful Labuan atau lebih;
“pengendali takaful Malaysia” ertinya seorang pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312];
“pendapatan caruman bersih” berhubung dengan suatu tahun kewangan, ertinya caruman yang diterima di bawah kontrak takaful atau takaful semula selepas menolak apa-apa caruman yang kena dibayar yang diatur berkenaan dengan kontrak takaful atau takaful semula itu;
“polisi” ertinya suatu perakuan takaful dan apa-apa sebutan mengenai polisi pengendali takaful Labuan dan termasuklah suatu rujukan mengenai apa-apa polisi yang berkenaan dengannya
pengendali takaful Labuan itu berada di bawah apa-apa liabiliti, sama ada polisi itu dikeluarkan oleh pengendali takaful Labuan atau liabiliti itu telah dipindahkan kepada pengendali takaful Labuan daripada seorang pengendali takaful lain;
“pemunya polisi” ertinya mana-mana orang yang mengambil sesuatu polisi;
“takaful” ertinya suatu skim yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah yang berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan bantuan kewangan bersama dan bantuan kepada peserta apabila diperlukan yang menurutnya pesertanya bersetuju secara bersama untuk mencarum bagi maksud itu;
“perniagaan takaful” ertinya perniagaan takaful yang matlamatnya dan pengoperasiannya adalah mematuhi prinsip-prinsip Shariah;
“perakuan takaful” termasuklah apa-apa kontrak takaful bertulis sama ada atau tidak terkandung dalam atau dibuktikan melalui suatu surat cara dalam bentuk perakuan takaful;
“lesen takaful” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah Bahagian ini;
“pemegang lesen takaful” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Bahagian ini;
“pengendali takaful” ertinya seseorang yang mengendalikan perniagaan takaful;
“dana kerja” ertinya—
(a) berhubung dengan syarikat Labuan, modal berbayar tidak tercacat dengan kerugian; atau
(b) berhubung dengan syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful Malaysia, lebihan aset mengatasi liabiliti yang kena disenggarakan dalam buku bagi pejabatnya di Labuan;
(2) Jika lima belas peratus atau lebih syer mengundi sesuatu perbadanan dipegang oleh suatu perbadanan yang lain, perbadanan yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan sebagai perbadanan sekutu bagi perbadanan yang satu lagi, dan apa-apa sebutan mengenai “perbadanan sekutu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan yang mula-mula disebut itu atau perbadanan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).