My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 Third Schedule

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 Third Schedule

Third Schedule THIRD SCHEDULESupplementary

[sections 74 and 87] Financial information, statistics and information to be submitted to the Authority Part A: Islamic bank licensee (a) Financial statements Within six month after the close of each financial year of an Islamic bank licensee, or such further period as the Authority may approve, an Islamic bank licensee shall submit to the Authority, in respect of its entire business operations, two copies each of its latest audited annual balance sheet, profit and loss account, a statement setting out the sources, allocation and utilization of its funds and the report of the auditor. (b) Statistics and information (1) Every Islamic bank licensee, at such frequency as may be specified by the Authority from time to time, shall submit to the Authority a statement showing the assets and liabilities of the Islamic bank licensee in relation to its Labuan Islamic banking business or Labuan Islamic investment banking business, as the case may be. (2) A statement to be submitted under subsection (1) shall include— (a) a statement specifying the total amount of financing facilities granted by the Islamic bank licensee to such customers of the Islamic bank licensee as may be specified by the Authority; (b) a statement specifying the class, category or description of financing facilities given and the business or industry in which the customers of the Islamic bank licensee are involved; (c) a statement showing that the Islamic bank licensee has complied with the requirements imposed upon it by section 74; and (d) such other statements, information, documents, statistics or returns as the Authority may specify. (3) Notwithstanding paragraph (2), the Authority may publish any consolidated statement, in respect of any category, class or description of Islamic bank licensee as the Authority deems appropriate, aggregating the figures in the returns submitted under paragraph (1): Provided that nothing in this subsection shall authorize the Authority to designate any particular Islamic bank licensee to constitute a category, class or description of Islamic bank licensee for the purposes of this subsection. (4) Where any person is required by or under this Part to submit, produce or provide to the Authority any information, statistic, return or document, the Authority may specify that the same shall be submitted, produced or provided in such form and manner and within such period or at such intervals or times, not inconsistent with any provision of this Part or any regulations made under this Act, as the Authority may set out in the specification; and such person shall not submit, produce or provide as true or accurate any information, statistic, return or document which he knows, or has reason to believe, to be false, inaccurate or misleading. Part B: Takaful licensee (a) Financial statements (1) Every Labuan takaful operator shall, within six months after the close of each financial year or such further period as the Authority may approve, submit to the Authority, in respect of its entire Labuan takaful operations, four copies each of its audited annual balance sheet, profit and loss account, revenue account and, in respect of its family takaful business, a report setting out the actuarial valuation of its assets and liabilities as approved in accordance with its constituent documents. (2) Every Labuan takaful operator shall submit to the Authority four copies each of the documents mentioned in paragraph (1) as approved in accordance with its constituent documents as soon as practicable after such approval. (3) Every Labuan takaful operator which is a foreign Labuan company shall, in addition to the financial statements which are required to be submitted to the Authority under paragraph (1), also submit each year a certified copy of its latest audited annual balance sheet in respect of its entire operations both in and outside Labuan within three months of its being filed with the regulatory authorities in its country of establishment or origin. (4) Every licensed Labuan takaful manager, licensed Labuan takaful underwriting manager and licensed Labuan takaful broker shall, within six months after the close of each financial year or such further period as the Authority may approve, submit to the Authority four copies each of its audited annual balance sheet and profit and loss account. (5) Notwithstanding any provision in this Act, the Authority may require a takaful licensee to submit to the Authority any document relating to its operation in such manner as may be specified in writing by the Authority. Part C: Additional conditions Notwithstanding the above, the Authority may impose new or additional requirements for matters set out in this Schedule. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

JADUAL KETIGA

[seksyen 74 dan 87] Maklumat kewangan, statistik dan maklumat yang hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Bahagian A: Pemegang lesen bank Islam (a) Penyata kewangan Dalam masa enam bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan sesuatu pemegang lesen bank Islam, atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, pemegang lesen bank Islam hendaklah mengemukakan kepada Lembaga, berkenaan dengan keseluruhan operasi perniagaannya, dua salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya yang terkini, akaun untung rugi, suatu pernyataan yang menyatakan sumber, penguntukan dan penggunaan wangnya dan laporan juruaudit. (b) Statistik dan maklumat (1) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam, pada apa-apa kekerapan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, mengemukakan kepada Lembaga, suatu pernyataan yang menunjukkan aset dan liabiliti pemegang lesen bank Islam itu berhubung dengan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Suatu pernyataan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk— (a) suatu penyata yang menyatakan jumlah amaun kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh pemegang lesen bank Islam kepada pelanggan pemegang lesen bank Islam itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (b) suatu pernyataan yang menentukan kelas, kategori atau perihalan kemudahan pembiayaan yang diberikan dan perniagaan atau industri yang dalamnya pelanggan pemegang lesen bank Islam itu terlibat; (c) suatu pernyataan yang menunjukkan bahawa pemegang lesen bank Islam telah mematuhi kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh seksyen 74; dan (d) apa-apa pernyataan, maklumat, dokumen, statistik atau penyata lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Walau apa pun perenggan (2), Lembaga boleh menyiarkan apa-apa pernyataan yang disatukan, berkenaan dengan apa-apa kategori, kelas atau perihalan pemegang lesen bank sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dengan mengagregatkan angka dalam penyata yang dikemukakan di bawah perenggan (1): Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh memberi kuasa kepada Lembaga untuk menetapkan mana-mana pemegang lesen bank Islam tertentu untuk menjadi suatu kategori, kelas atau perihalan pemegang lesen bank Islam bagi maksud subseksyen ini. (4) Jika mana-mana orang dikehendaki oleh atau di bawah Bahagian ini untuk mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan Lembaga apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen, Lembaga boleh menentukan supaya maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, dikeluarkan atau diberikan dalam apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh atau pada apa-apa lat tempoh atau masa, yang selaras dengan mana- mana peruntukan Bahagian ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam penentuan itu; dan orang itu tidak boleh mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan sebagai benar atau tepat apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang diketahuinya, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, sebagai palsu, tidak tepat dan mengelirukan. Bahagian B: Pemegang lesen takaful (a) Penyata Kewangan (1) Tiap-tiap pengendali takaful Labuan hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, mengemukakan kepada Lembaga, berkenaan dengan keseluruhan operasi takaful Labuannya yang dijalankan, empat salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung rugi, akaun hasilnya dan, berkenaan dengan perniagaan takaful keluarga, suatu laporan yang menyatakan penilaian aktuari mengenai aset dan liabilitinya sebagaimana yang diluluskan mengikut dokumen konstituennya. (2) Tiap-tiap pengendali takaful Labuan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga empat salinan setiap dokumen yang disebut dalam perenggan (1) sebagaimana yang diluluskan mengikut dokumen konstituennya dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas mendapat kelulusan itu. (3) Tiap-tiap pengendali takaful Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebagai tambahan kepada penyata kewangan yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada Lembaga di bawah perenggan (1), mengemukakan juga pada setiap tahun suatu salinan diperakui kunci kira-kira tahunan terauditnya yang terkini berkenaan dengan keseluruhan operasinya di dalam dan di luar Labuan dalam masa tiga bulan setelah kunci kira-kira itu difailkan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan di negara penubuhan atau asalnya. (4) Tiap-tiap pengurus takaful Labuan berlesen, pengurus pengunderaitan takaful Labuan berlesen dan broker takaful Labuan berlesen hendaklah, dalam masa enam bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, mengemukakan kepada Lembaga empat salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya dan akaun untung ruginya. (5) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen takaful untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen yang berhubungan dengan operasinya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga. Bahagian C: Syarat tambahan Walau apa pun di atas, Lembaga boleh mengenakan kehendak baru atau tambahan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual ini.

Read this section in the full act →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next