My bookmarksSign up free
← Labuan Foundations Act 2010

Labuan Foundations Act 2010 s 20

Labuan Foundations Act 2010 s 20

s 20 Striking off

(1) Notwithstanding any provisions in this Act, where the Authority is satisfied that a Labuan foundation— (a) has failed to pay the annual fee referred to in section 68; or (b) has contravened any provisions of this Act, the Authority may serve a notice on the Labuan foundation notifying it that the name of the Labuan foundation shall be struck off the register, unless the Labuan foundation takes any step or any action to remedy the breach as may be specified in the notice within thirty days from the date of the notice or such longer period as may be extended by the Authority. (2) In the event the Authority— (a) receives from the Labuan foundation a notice stating that the Labuan foundation is likely to be unable to remedy the breach specified in the notice served on the Labuan foundation under subsection (1); or (b) receives no reply to a notice served on the Labuan foundation under subsection (1), the Authority may, within thirty days from the date of the expiration of the period mentioned in the notice served under subsection (1) or thereafter, strike off the name of the Labuan foundation from the register unless the Labuan foundation or any person satisfies the Authority that the name should not be struck off.

Malay text (authoritative)

Pemotongan

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, jika Lembaga berpuas hati bahawa sesuatu yayasan Labuan– (a) tidak membayar fi tahunan yang disebut dalam seksyen 68; atau (b) melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Lembaga boleh menyampaikan suatu notis kepada yayasan Labuan itu memberitahunya bahawa nama yayasan Labuan itu akan dipotong daripada daftar, melainkan jika yayasan Labuan itu mengambil apaapa langkah atau tindakan untuk meremedi pelanggaran itu sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dilanjutkan oleh Lembaga. (2) Sekiranya Lembaga– (a) menerima daripada yayasan Labuan itu suatu notis yang menyatakan bahawa ada kemungkinan yayasan itu tidak berupaya meremedi pelanggaran yang dinyatakan dalam notis yang disampaikan kepada yayasan Labuan itu di bawah subseksyen (1); atau (b) tidak menerima apa-apa jawapan kepada notis yang disampaikan kepada yayasan Labuan itu di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) atau selepas itu, memotong nama yayasan Labuan itu daripada daftar melainkan jika yayasan Labuan itu atau mana-mana orang memuaskan hati Lembaga bahawa nama itu tidak patut dipotong.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 706 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next