(1) A council member or a beneficiary of a Labuan foundation, may bring proceedings to restrain the doing of any act which but for section 50 would be beyond the capacity of the Labuan foundation, save that no such proceedings shall lie in respect of an act to be done in fulfilment of a legal obligation arising from a previous act of the Labuan foundation.
(2) It shall be the duty of the officers of a Labuan foundation to observe any limitations on their powers derived from the constituent document and any action by the officers beyond the powers provided as such shall only be valid upon ratification by the Labuan foundation in the following manner:
(a) where there is a council or other supervisory person, by a unanimous resolution of the council and such other supervisory person; and
(b) where there is no council or supervisory person, by a resolution signed by all the officers of the Labuan foundation for the time being.
(3) A resolution ratifying an action by the council member, supervisory person and officer beyond the capacity of the Labuan foundation shall not affect any liability incurred by the officers or any
other person and relief from any such liability shall be agreed to separately by resolution of the council and supervisory person.
Malay text (authoritative)
Pengesahan perbuatan yang dilakukan melampaui keupayaan
(1) Seseorang anggota majlis atau benefisiari suatu yayasan Labuan, boleh membawa prosiding untuk menghalang pelakuan apaapa perbuatan yang jika tidak kerana seksyen 50 adalah melampaui keupayaan yayasan Labuan itu, kecuali tiada prosiding sedemikian boleh dibawa berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan sebagai memenuhi obligasi undang-undang yang berbangkit daripada perbuatan terdahulu yayasan Labuan itu.
(2) Menjadi kewajipan pegawai suatu yayasan Labuan untuk mematuhi apa-apa had terhadap kuasa mereka yang berbangkit daripada dokumen konstituen dan apa-apa perbuatan oleh pegawaipegawai itu yang melampaui kuasa yang diperuntukkan sedemikian
boleh disahkan hanya melalui pengesahan yayasan Labuan itu yang dilakukan mengikut cara yang berikut:
(a) jika terdapat majlis atau orang yang menyelia yang lain, dengan ketetapan sebulat suara majlis dan orang yang menyelia yang lain itu; dan
(b) jika tiada majlis atau orang yang menyelia, dengan ketetapan yang ditandatangani oleh semua pegawai yayasan Labuan pada masa itu.
(3) Sesuatu ketetapan yang mengesahkan perbuatan anggota majlis, orang yang menyelia dan pegawai yang melampaui keupayaan yayasan Labuan itu tidaklah menyentuh apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh pegawai-pegawai atau mana-mana orang lain dan relief daripada apa-apa liabiliti sedemikian hendaklah dipersetujui secara berasingan dengan ketetapan majlis dan orang yang menyelia itu.
Text as at 1 August 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).