s 54 Disclosure of interest
(1) Every council member, supervisory person and officer of a Labuan foundation who is in any way, whether directly or indirectly, interested in a contract or proposed contract with the Labuan foundation shall, as soon as practicable after the relevant facts have come to his knowledge—
(a) relating to a council member and supervisory person—
(i) declare the nature of his interest at a council meeting; or
(ii) cause to be circulated in writing to all the other council members particulars of his interest; and
(b) relating to an officer—
(i) declare the nature of his interest at a meeting of the officers; or
(ii) cause to be circulated in writing to all the other officers particulars of his interest.
(2) Subsection (1) shall not apply in a case where the interest of the council member, supervisory person or officer of a Labuan foundation consists only in him being a member or creditor of another corporation or firm which is interested in a contract or proposed contract with that Labuan foundation, if that interest may properly be regarded as not being a material interest.
(3) The declaration of interest by a council member, a supervisory person or an officer shall be made at the following instances—
(a) in the case of a proposed contract—
(i) the declaration shall be made at the council meeting or meeting of the officers, as the case may be, at which the proposed contract is first taken into consideration; or
(ii) the declaration shall be made at the next council meeting or next meeting of officers, as the case may be, held after the council member, supervisory person or officer becomes so interested; and
(b) in the case of an existing contract, the declaration shall be made at the first council meeting or the first meeting of the officers, as the case may be, held after the council member, supervisory person or officer becomes so interested.
(4) For the purposes of subsection (1), a general notice is deemed to be given by the interested council member, supervisory person or officer to the other council members or officers, as the case may be, of a Labuan foundation—
(a) when it is given at a council meeting or meeting of the officers, as the case may be; or
(b) where the council member, supervisory person or officer takes reasonable steps to ensure it is brought up and read at the next council meeting or meeting of the officers, as the case may be.
(5) Every council member, supervisory person or officer of a Labuan foundation who holds any office or possesses any property whereby, whether directly or indirectly, duties or interests might be created in conflict with his duties or interests as a council member, a supervisory person or an officer of the Labuan foundation, shall declare at a council meeting or meeting of the officers of the Labuan foundation or cause to be circulated in writing to the other council members or officers the fact and the nature, character and extent of the conflict.
(6) Nothing in this section shall be taken to prejudice the operation of any provision in the constituent document of a Labuan foundation restricting a council member, a supervisory person or an officer of a Labuan foundation from having any interest in contracts with the Labuan foundation.
Malay text (authoritative)
Penzahiran kepentingan
(1) Tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia dan pegawai sesuatu yayasan Labuan yang dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan yayasan Labuan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas fakta yang berkaitan sampai ke pengetahuannya—
(a) berhubung dengan anggota majlis dan orang yang menyelia—
(i) mengisytiharkan jenis kepentingannya itu di mesyuarat majlis; atau
(ii) menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada semua anggota majlis yang lain butir-butir mengenai kepentingannya itu; dan
(b) berhubung dengan seseorang pegawai—
(i) mengisytiharkan jenis kepentingannya itu di mesyuarat pegawai; atau
(ii) menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada semua pegawai yang lain butir-butir mengenai kepentingannya itu.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai dalam hal jika kepentingan anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan hanya kerana pegawai itu menjadi ahli atau pemiutang suatu perbadanan atau firma lain yang berkepentingan dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan yayasan Labuan itu, jika
kepentingan itu boleh dengan sepatutnya dianggap sebagai bukan kepentingan material.
(3) Pengisytiharan kepentingan oleh seseorang anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai hendaklah dibuat pada masa yang berikut—
(a) dalam hal suatu kontrak yang dicadangkan—
(i) pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai, mengikut manamana yang berkenaan, yang padanya kontrak yang dicadangkan itu mula-mula sekali dipertimbangkan; atau
(ii) pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diadakan selepas dia menjadi anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai menjadi berkepentingan sedemikian; dan
(b) dalam hal suatu kontrak yang sedia ada, pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang mula-mula sekali, mengikut mana-mana yang berkenaan, diadakan selepas anggota majlis, orangyang menyelia atau pegawai menjadi berkepentingan sedemikian.
(4) Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am disifatkan telah diberikan oleh anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai kepada anggota majlis atau pegawai lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yayasan Labuan yang berkepentingan itu—
(a) apabila notis itu diberikan di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b) apabila anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa perkara itu dibangkitkan dan dibaca di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5) Tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan yang memegang apa-apa jawatan atau mempunyai apa-apa harta yang kerananya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan akan wujud yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai yayasan Labuan itu, hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yayasan Labuan itu atau menyebabkan supaya diedarkan secara bertulis kepada anggota majlis atau pegawai lain hakikat dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.
(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan kuat kuasa mana-mana peruntukan dalam dokumen konstituen sesuatu yayasan Labuan yang menyekat anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan daripada mempunyai apa-apa kepentingan dalam kontrak dengan yayasan Labuan itu.
Text as at 1 August 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).