Labuan Foundations Act 2010 s 57
s 57 Money or other property from illegal activities
(1) A Labuan foundation shall not accept—
(a) any money or other property originating from a transaction, operation or other activity which is a criminal offence under the laws of Malaysia or which, had it been carried out in Malaysia, would have been such an offence; or
(b) any money or other property the receipt, ownership or control of which is or would be an offence as mentioned in paragraph (a).
(2) It shall be the duty of a council member, a supervisory person, an officer, or a secretary of a Labuan foundation to forthwith bring it to the notice of the Authority where he—
(a) has reason to believe that the Labuan foundation has property or has income accruing to it or derived by it and originating from a transaction, operation or other activity which is a criminal offence under the laws of Malaysia or which, had it been carried out in Malaysia, would have been such an offence; or
(b) has received or has in its possession or control money or other property the receipt, ownership or control of which is or would be an offence as mentioned in paragraph (a).
(3) Any council member, supervisory person, officer, or secretary of a Labuan foundation who without reasonable excuse fails to observe the requirements of subsection (1) or fails to comply with the
requirements of subsection (2) commits an offence and shall, upon conviction be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
(4) All moneys or property described in subsections (1) and (2) shall be forfeited to the Government and become its property absolutely.
Malay text (authoritative)
Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang- undang
(1) Sesuatu yayasan Labuan tidak boleh menerima—
(a) apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
(b) apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a).
(2) Adalah menjadi kewajipan anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan untuk membawa dengan serta-merta kepada pengetahuan Lembaga jika dia—
(a) mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa yayasan Labuan itu mempunyai harta atau pendapatan yang terakru kepadanya atau yang didapati olehnya dan yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
(b) telah menerima atau mempunyai dalam milik atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a).
(3) Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau tidak mematuhi kehendak subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4) Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen
(1) dan (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 706 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).