My bookmarksSign up free
← Labuan Foundations Act 2010

Labuan Foundations Act 2010 s 77

Labuan Foundations Act 2010 s 77

s 77 Power to compound

(1) The Authority may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Authority of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in his written offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the Authority may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (3) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any document or thing seized in connection with the offence may be released or forfeited by the Authority, subject to such terms and conditions as he deems fit to impose in accordance with the conditions of the compound. (4) All sums of money received by the Authority under this section shall be paid into the Federal Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Kuasa mengkompaun

(1) Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh manamana orang di bawah Akta ini dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Lembaga suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bilabila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthak oleh Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 706 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next